Galyani Vadhana | |||||
---|---|---|---|---|---|
Puteri Naradhiwas Puteri Thailand | |||||
Keputeraan | 06 Mei 1923 London, United Kingdom | ||||
Kemangkatan | 2 Januari 2008 Bangkok, Thailand | (umur 84)||||
Pemakaman | - - | ||||
Pasangan | Aram Rattanakul Serireongrit (1944-1950) Putera Varananda Dhavaj (1969-1990) | ||||
Anakanda | Dhasanawalaya Sornsongkram | ||||
| |||||
Kerabat | Dinasti Chakri | ||||
Ayahanda | Mahidol Adulyadej | ||||
Bonda | Srinagarindra |
Puteri Galyani Vadhana dihiasi bendera diraja Thai. royal flag and the en:Thailand national flag
Puteri Galyani Vadhana, Tuanku Puteri Naradhiwas (Bahasa Thai: กัลยาณิวัฒนา ; 6 Mei 1923 – 2 Januari 2008) merupakan puteri Thailand dan kakak kepada Raja Ananda Mahidol (Rama VIII) dan Raja Bhumibol Adulyadej (Rama IX). Beliau juga cucu Raja Chulalongkorn (Rama V).
Puteri Galyani Vadhana telah dilahirkan pada 6 Mei 1923 di London, England, anak perempuan Raja Mahidol Adulyadej Songkla, anak ke-69 Raja Chulalongkorn (Rama V) dan anak ke-7 Ratu Savang Vadhana, dan Puteri Sangwal Talabhat (kemudian dikenali sebagai Puteri Srinagarindra). Dia mulanya dipanggil "Mei" dalam sijil kelahirannya dan kemudian dinamakan Ibu Chao Galyani Vadhana Mahidol oleh Raja Vajiravudh (Rama VI). Nama "Vadhana" sempena nama nenek bapanya, Savang Vadhana. 1927, dinaikkan pangkat diraja, Puteri Thai (Phra Vorawongse Ther Phra Ong Chao) oleh Raja Prajadhipok (Rama VII).
Pada 1944, Puteri Galyani Vadhana berkahwin dengan Kolonel Aram Rattanakul Serireongrit (24 Ogos 1920 - 3 Februari 1982), anak lelaki General Luang Serireongrit (Charoon Ratanakul Serireongrit) , bekas panglima besar semasa Perang Dunia Kedua. Anak mereka Thanpuying Dasna Valaya Ratanakul Serireungriddhi (Sorasongkram) (lahir pada 1945 di Switzerland). Mereka bercerai kemudiannya.
Pada 1969 berkahwin pula dengan Varananda Dhavaj (19 Ogos 1922 - 15 September 1990) tetapi tiada anak.
Semasa ulang tahun ke-72 Princess Galyani Vadhana pada 6 Mei 1995, abangnya, Raja Bhumibol menganugerah gelaran "Krom Luang Naradhiwas Rajanagarindra"
Beliau terlibat dalam pelbagai projek kesenian dan kebajikan seperti Kesenian Thai, pendidikan, sukan, kebajikan masyarakat, dan sebagainya seperti Cardiac Children's Foundation, Dana Amal Princess Mother, Autistik Yayasan Thailand. Beliau juga berbakat menulis buku dan puisi hasil perjalanan kembara ke serata dunia.
Puteri Galyani Vadhana dimasukkan ke Hospital Siriraj pada Jun 2007 kerana menderita sakit perut / kanser abdomen.Kemudian rawatan pada otak kiri dan arteri serebrum.
Semasa belajar Prathom 1 hingga Prathom 3, dia membaca pelbagai bahan berbahasa Thai. Antaranya novel dari Switzerland 1878 bertajuk Sans Famille.
Beliau menjadi bahasa Perancis di Universiti Thammasat dalam bidang linguistik. Apabila mengembara , beliau akan membawa dan membaca pelbagai buku seperti seni, dan kaji purba .
Puteri Galyani Vadhana mempunyai minat besar dalam fotografi terutama gambar kembara ke serata dunia dan digunakan dalam pelbagai tulisan kembaranya.
Beliau meminat muzik klasik ketika belajar di Switzerland. Beliau menyokong penubuhan Bangkok Symphony Orchestra dan Chulalongkorn University Symphony Orchestra dan merupakan penaung Bangkok Opera.
Pada 2 Januari 2008, jam 2:54 am beliau meninggal dunia di Hospital Siriraj di Bangkok, Thailand pada usia 84 tahun .Lebih 740,000 rakyat Thailand mengunjungi Hospital Siriraj dan ramai diantaranya tidur dan berdoa di perkarangan hospital itu . Dengan pengaruh kuat Hindu, raja disanjung tinggi sebagai Raja yang diturunkan oleh Tuhan dengan upacara keagamaan dan ritual kematian diamalkan mengikut kepercayaan agama Buddha. [1]
Majlis bermula di Dewan Tahkta Dusit Maha Prasat. Abu mayat akan dipindahkan ke makam diraja di Sanam Luang.[2]
Kerajaan Thailand menganjurkan rakyat berpakaian hitam-hitam dan berkabung selama 100 hari. Bendera Thailand dikibar separuh tiang selama 3 hari. Walaupun Thailand berhadapan 18 kali kudeta terhadap Perdana Menteri Thaksin Shinawatra tetapi rakyat Thailand tetap tunduk patuh kepada Raja Bhumibol. [3]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Galyani Vadhana |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Galyani Vadhana |