Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Patinggi Dr. George Chan Hong Nam 陈康南 DP, PSM, PNBS, DA, PBS, KMN, ABS, PPC | |
---|---|
Timbalan Ketua Menteri Sarawak | |
Dalam jawatan 9 September 1996 – 2011 | |
Anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk Miri, Sarawak | |
Dalam jawatan 1983–1991 | |
Didahului oleh | Chia Chin Shin |
Digantikan oleh | Kawasan DUN dimansuhkan |
Majoriti | 8,273 (1987) |
Anggota Dewan Undangan untuk Piasau, Miri | |
Dalam jawatan 1991–2011 | |
Digantikan oleh | Alan Ling Sie Kiong |
Majoriti | 9,063 (1991) 5,191 (1996) 7,673 (2001) 3,918 (2006) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Miri, Sarawak | 24 September 1936
Parti politik | Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) |
Pasangan | Datin Patinggi Puan Sri Judy Chan (bercerai) Datin Patinggi Puan Sri Lorna Enan Muloon |
Anak-anak | 4 anak perempuan |
Tan Sri Datuk Patinggi Dr. George Chan Hong Nam (Lahir pada 24 September 1936 di Miri, Sarawak) merupakan Timbalan Ketua Menteri 1 kerajaan negeri Sarawak. Beliau menjadi presiden parti SUPP Sarawak selepas Tan Sri Dr Wong Soon Kai.[1]
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melantik beliau menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 dan Menteri Pembangunan Perindustrian & Menteri Pelancongan dan Warisan. Beliau juga pernah menjadi ADUN Piasau,Miri.
George Chan belajar di Sekolah Rendah St. Joseph, Miri dan Sekolah Menengah St. Joseph , Kuching, Sarawak. Kemudian, beliau mendapat Biasiswa Colombo untuk melanjutkan pelajaran jurusan perubatan di Universiti Sydney, Australia pada 1962.[2]
Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan sudah bercerai dengan isterinya berbangsa kulit putih berasal dari Amerika Syarikat yang berketurunan Irish, Datin Patinggi Puan Sri Judy Chan. Mereka mempunyai 4 anak hasil daripada perkahwinan mereka dan kini beliau telah berumah tangga dengan Datin Patinggi Puan Sri Lorna Enan Muloon yang berketurunan Kelabit, yang juga merupakan anak angkat kepada rakan politiknya iaitu mendiang Dato' Joseph Balan Seling.[3][4]
Calon SUPP Robert Lau Hui Yew kalah ditangan Wong Ho Leng (Pengerusi DAP Sarawak) dalam pilihan raya kecil Sibu 2010 pada 16 Mei 2010. George Chan kecewa ramai pengundi Sibu yang tidak keluar mengundi sehingga menyebabkan SUPP/Barisan Nasional kalah tipis, 398 undi.