Jenis/bentuk sah | Awam (NYSE: GR) |
---|---|
Industri | Aeroangkasa |
Pendahulu | Lucas Industries TRW Inc. |
Ditubuhkan | Akron, Ohio, Amerika Syarikat (1870) |
Pengasas | Benjamin Goodrich |
Dibubarkan | 2012 |
Nasib | Dibeli oleh United Technologies Corporation |
Ibu pejabat | Charlotte, Carolina Utara, Amerika Syarikat. |
Tokoh penting | Marshall Larsen, (Pengerusi & CEO) |
Keluaran | Komponen Badan Pesawat Ban & Rem Pesawat Sistem Daya Elektronik Komponen Mesin Sistem Kendali Mesin Olahan Polimer DalamanPesawat Sistem ISR Sistem Terintegrasi & Sensor |
Syarikat induk | Collins Aerospace |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Goodrich Corporation, dahulu dikenali sebagai B.F. Goodrich Company, ialah syarikat aeroangkasa Amerika Syarikat yang beribu pejabat di Charlotte, Carolina Utara. Ditubuhkan di Akron, Ohio pada tahun 1870 dengan nama Goodrich, Tew & Co. oleh Dr. Benjamin Franklin Goodrich, syarikat ini telah bertukar nama berulang kali, pertama ke "B.F. Goodrich Company" pada tahun 1880, ke BFGoodrich pada akhir dekad 1980an, dan ke "Goodrich Corporation" pada tahun 2001.
Pada tahun 1869, Benjamin Franklin Goodrich membeli Hudson River Rubber Company, sebuah syarikat kecil Hastings-on-Hudson, New York. Setahun kemudian, ia menerima tawaran senilai $13.600 dari warga Akron, Ohio, untuk memindahkan syarikatnya ke sana. Goodrich menduduki peringkat ke-67 syarikat yang paling banyak menerima kontrak ketenteraan dari Kerajaan Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II.[1]
Goodrich berkembang menjadi salah satu pengeluar tayar dan getah terbesar di dunia, setelah bergabung dengan Uniroyal (sebelumnya bernama United States Rubber Company) pada tahun 1986 . Julat produk ini lalu dijual ke Michelin pada tahun 1988, dan Goodrich lalu bergabung dengan Rohr (1997), Coltec Industries, dan TRW Aeronautical Systems (dahulu dikenali sebagai Lucas Aerospace) pada tahun 2002. Penjualan pembahagian kimia Goodrich dan juga penukaran nama syarikat melengkapi proses transformasi Goodrich. Pada tahun 2006, Goodrich berjaya mencatatkan penjualan sebesar $5,8 bilion, dimana berturut-turut 18%, 16%, dan 12% dari jumlah penjualan ini berasal dari penjualan ke Kerajaan Amerika Syarikat, Airbus, dan Boeing.[2]
Biarpun BFGoodrich lebih dikenali sebagai pengeluar tayar, Goodrich Corporation secara rasmi keluar dari perniagaan tersebut pada tahun 1988, dengan menjual produk tayarnya kepada Michelin. Goodrich sering dikelirukan dengan Goodyear dan Mr. Goodwrench.
|coauthors=
(bantuan)