Gottfried Lindauer | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 13 Jun 1926 | (umur 87)
Saudara | Victor Wilhelm Lindauer (anak) |
Gottfried Lindauer (5 Januari 1839 – 13 Jun 1926) merupakan seorang pelukis kelahiran Bohemia yang berhjrah ke New Zealand.
Beliau terkenal melukis potret-potret orang Māori peribumi pulau-pulau tersebut baik yang dalam kalangan orang biasa mahupun yang bernama lalu menggambarkan banyak ciri budaya masyarakat ini dari segi persalinan dan adat ditunjukkan.[1] Lukisan-lukisan ini dipandang penting oleh dua-dua pihak Eropah dan Māori daripada sebab yang berbeza: sebagai bahan dokumentasi terhadap butiran masyrakat setempat kepada pihak penjajah, sebagai khazanah warisan keluarga yang diberikan semangat tersendiri oleh warga peribumi.[1]