Graf sosial ialah istilah yang dicetuskan oleh Mark Zuckerberg dari Facebook, yang pada awalnya merujuk pada rangkaian sosial hubungan antara pengguna perkhidmatan rangkaian sosial Facebook. Istilah ini didefinisikan sebagai "pemetaan global manusia dan bagaimana mereka saling berhubung".[1] Istilah ini dicetuskan pada persidangan Facebook f8 pada 24 Mei 2007 ketika digunakan untuk menjelaskan bahawa Facebook Platform, yang diperkenalkan pada waktu yang sama, akan memperoleh untung dari graf sosial dengan mengambil keuntungan hubungan antara individu yang disediakan oleh Facebook untuk menawarkan pengalaman dalam talian yang lebih banyak.[2] Definisi ini diperluas untuk merujuk graf sosial seluruh pengguna Internet.