Grete Sultan | |
---|---|
Kelahiran | Johanna Margarete Sultan 21 Jun 1906 |
Meninggal dunia | 26 Jun 2005 | (umur 99)
Warganegara | Jerman, kemudian Amerika Syarikat |
Pekerjaan | Pianis |
Grete Sultan (lahir Johanna Margarete Sultan; 21 Jun 1906 - 26 Jun 2005) ialah seorang pianis Jerman-Amerika. Diahirkan di Berlin dalam sebuah keluarga Yahudi,[1] beliau mempelajari piano semasa zaman kanak-kanaknya bersama pianis Amerika Syarikat Richard Buhlig, dan kemudian dengan Leonid Kreutzer dan Edwin Fischer. Pada 1933, setelah Nazi berkuasa di Jerman, beliau bersama seluruh kaum Yahudi dilarang bermain di tempat umum dan hanya dapat beraksi dalam konsert-konsert "Jüdischer Kulturbund" (Perhimpunan Budaya Yahudi).