Grossadmiral (ejaan bahasa Jerman ialah Großadmiral) atau Laksamana Besar adalah pangkat pegawai berbendera yang tertinggi sekali didalam sejarah angkatan tentera laut Jerman dan Empayar Austria dan Austria-Hungary, setanding dengan kod pangkat NATO OF10[perlu rujukan], dan pangkat lima bintang dalam angkatan tentera yang menggunakan bahasa Inggeris.
Ia setaraf dengan pangkat Generalfeldmarschall atau Feldmarschall tentera Jerman dan Laksamana Besar di angkatan tentera lain. Sebagai tanda kebesaran dan ketinggian pangkat, Großadmiral (Grossadmiral) berhak menerima "baton Großadmiral" (Bahasa Jerman Großadmiralsstab).[1]
Di dalam Tentera Laut Imperial Jerman, pangkat Großadmiral adalah setara Laksamana Armada British atau Laksamana Armada Amerika . Ia telah diwujudkan pada tahun 1901, dan seperti Fil Marsyal Jerman, penyandangnya dibenarkan membawa baton.[2]
Sebelum dan semasa Perang Dunia I, beberapa orang yang berikut telah dilantik Laksamana Besar Tentera Laut Imperial Jerman (Kaiserliche Marine):
![]() Grossadmiral | |||||||
| |||||||
Negara | Jerman Nazi | ||||||
Cabang perkhidmatan | ![]() ![]() | ||||||
Pangkat | Lima bintang | ||||||
Singkatan | GA | ||||||
Diperkenalkan | 1901 | ||||||
Dimansuhkan | Mei 1945 | ||||||
Persamaan NATO |
OF-10 | ||||||
Pangkat tinggi seterusnya | |||||||
Pangkat rendah seterusnya | |||||||
Persamaan pangkat | Generalfeldmarschall |
Tiada lagi Laksamana Besar sehingga tahun 1939. Hanya terdapat dua orang yang dilantik Laksaman Besar Kriegsmarine (Tentera Laut Perang") Jerman Nazi
Pangkat junior Generaladmiral |
![]() (Pangkat Kriegsmarine) Großadmiral Generalfeldmarschall |
Pangkat senior Reichsmarschall |
Anton Haus, Panglima Tentera Laut Austria-Hungary bagi Perang Dunia I, telah diberi gelaran Großadmiral pada tahun 1916. Tiada pegawai aktif lain (kecuali ahli keluarga Imperial) yang pernah menerima pangkat ini (walaupun pengganti terdekat Haus', Maximilian Njegovan, telah dilantik Laksamana Besar didalam senarai persaraan pada tahun 1918).