Gugu Sarikula | |
---|---|
Pemerintahan | 1585–1597 |
Tempat keputeraan | Maguindanao, Filipina |
Mangkat | 1597 |
Pendahulu | Dimasangcay Adel |
Pengganti | Buisan |
Ayahanda | Datu Bangkaya |
Agama | Islam |
Sultan Gugu Sarikula (ejaan alternatif Salikula atau Salikura, memerintah 1585-1597) adalah sultan kelima Maguindanao di Filipina.[1] Ia merupakan keturunan langsung Sharif Kabungsuwan, sultan pertama Maguindanao. Ia ialah anak kepada Datu Bangkaya dan isterinya, seorang wanita Matampay.[2][3] Dua saudara sebapa Sarikula, iaitu Dimasangcay Adel dan Buisan, juga memerintah sebagai sultan Maguindanao sebelum dan selepasnya.[2][3]
Sarikula terlibat dalam perebutan kuasa dengan Buisan, yang berakhir dengan tersingkirnya Sarikula oleh adiknya itu ke Sulu pada 1597.[4]
Sarikula berkahwin dengan Raja Putri, salah seorang anak perempuan (atau saudari perempuan) Sultan Muwallil Wasit (Rajah Bongsu) dari Kesultanan Sulu.[4][5] Anak perempuan mereka, Putri Mampey, berkahwin dengan sepupu pertamanya, Sultan Kudarat, iaitu anak Buisan.[5]