Guo Jingming

Templat:Use mdy dates

Guo Jingming
Lahir (1983-06-06) 6 Jun 1983 (umur 41)
Zigong, Sichuan, China
PekerjaanPenulis, pengarah
WarganegaraChina
WarganegaraChina
PendidikanShanghai University
(tercicir)

Guo Jingming (Cina ringkas: 郭敬明pinyin: Guō Jìngmíng; dilahirkan pada 6 Jun 1983 di Zigong, Sichuan) ialah seorang penulis fiksyen dewasa-muda China. Di samping penulis dan ahli perniagaan, Guo juga seorang idola remaja dan tokoh selebriti popular.[1] Di satu sudut lagi, Gua adalah tokoh polarisasi. Pada tahun 2007, dia diundi dalam Tianya.com, salah satu forum atas talian terbesar di China, sebagai "selebriti lelaki paling dibenci" di China bagi tahun ketiga berturut-turut. Meskipun begitu, tiga daripada empat buah novelnya masing-masing telah terjual lebih daripada sejuta naskhah. dan pada tahun 2007, dia menjadi salah seorang penulis terlaris di China.[2][3]

Guo merupakan presiden Syarikat Hiburan Ke Ai yang ditubuhkan pada tahun 2004 oleh dirinya sendiri.[2] Ke Ai kebanyakannya menerbitkan majalah-majalah remaja seperti "Top Novel" dan "Island".[2][3] Pada tahun 2008, Guo menandatangani kontrak dengan Syarikat Hiburan Tian Yu.[4] Tidak lama kemudian, Guo diupah oleh Changjiang Publishing House pada tahun 2009 sebagai timbalan editor. Guo merupakan ahli termuda dalam Kesatuan Penulis China ketika dia baru berumur 23 tahun.[5] Guo juga seorang penulis skrip lakon layar dan pengarah filem.[3][6] Guo menulis dan mengarahkan Tiny Times, Tiny Times 2 dan Tiny Times 3, kesemuanya berdasarkan novelnya sendiri.

  1. ^ Jia, Mei (April 26, 2012). "Guo Jingming: Man of Many Parts". China Daily. Dicapai pada April 4, 2012.
  2. ^ a b c King, Aventurina (April 26, 2012). "China's Pop Fiction". The New York Times. Dicapai pada Mac 29, 2012.
  3. ^ a b c Xia, Yu (September 2010). "The Impression of Guo Jingming". Xiao Zuo Jia Xuan Kan: 66. |access-date= requires |url= (bantuan)
  4. ^ "Guo Jingming Joins TianYu, Becomes An Official Star". ShenZheng Evening. April 26, 2012. |access-date= requires |url= (bantuan)
  5. ^ Lim, Louisa. "A Pop Idol Writer For China's New Generation". NPR. Dicapai pada April 4, 2012.
  6. ^ Wang, Yechen. "The Guo Jingming Commercial Empire's Five Secrets He Is Dashing". Chilicity.com. Dicapai pada Mac 28, 2012.[pautan mati kekal]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]