Habib Umar bin Hafiz | |
---|---|
عمر ﺁبن حفيظ | |
Kelahiran | عمر 27 Mei 1963[1] |
Warganegara | Yamani |
Kerakyatan | Yamani |
Pekerjaan | Ulama, guru, Da'i |
Organisasi | Dar-al Musthafa |
Terkenal kerana | Pengasas dan ketua Dar-al Musthafa, Risalah Amman |
Ibu bapa | Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz (bapa) |
Laman web rasmi | www |
Habib Umar bin Hafiz atau nama sebenar Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz ialah seorang sarjana Islam kelahiran Yaman. Beliau menetap di Tarim, Yaman, mengawasi perkembangan di Dar-al Musthafa dan pelbagai sekolah lain yang telah dibina di bawah pengurusan beliau. Beliau masih bergiat aktif dalam dakwah agama Islam sehingga beliau meluangkan hampir sepanjang tahun mengunjungi berbagai negara di seluruh dunia demi melakukan kegiatan-kegiatan dakwah Islamiah[2].
Beliau dilahirkan pada hari Isnin, 27 Mei 1963 bersamaan 4 Muharram 1383 Hijriah[1], di Tarim, Hadramaut, salah satu bandar tertua di Yaman yang menjadi sangat terkenal di seluruh dunia dengan ramainya para ilmuwan dan para ulama yang dihasilkan bandar ini selama berabad-abad lamanya[2]. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang memiliki tradisi keilmuan Islam dan kejujuran moral dengan bapa beliau yang juga adalah seorang pejuang syuhada yang terkenal, yang bijak sana dan pendakwah besar, Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Shaikh Abu Bakr bin Salim[2]. Bapa beliau adalah salah seorang ulama intelektual Islam yang mengabdikan hidupnya demi penyebaran agama Islam dan pengajaran Hukum Suci dalam Islam[2]. Beliau telah diculik oleh puak komunis dan dianggap telah meninggal dunia[2]. Demikian pula datuk beliau, al-Habib Salim bin Hafiz dan al-Habib Hafiz bin Abd-Allah yang merupakan para intelektual Islam yang sangat dihormati kaum ulama dan intelektual Muslim pada masanya[2].
Beliau adalah al-Habib ‘Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Abd-Allah bin Abi Bakr bin ‘Aidarous bin al-Hussain bin al-Shaikh Abi Bakr bin Salim bin ‘Abd-Allah bin ‘Abd-al-Rahman bin ‘Abd-Allah bin al-Shaikh ‘Abd-al-Rahman al-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Daweela bin ‘Ali bin ‘Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Sahib al-Mirbat bin ‘Ali Khali‘ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidallah bin al-Imam al-Muhajir ila Allah Ahmad bin ‘Isa bin Muhammad bin ‘Ali al-‘Uraidi bin Ja’far al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zain al-‘Abidin bin Hussain bin ‘Ali bin Abu Talib dan Fatimah al-Zahra binti Rasul Muhammad ﷺ bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hashim nasabnya sampai Nabi Ismail عليه السلام [2][3].
Beliau telah mampu menghafal Al-Qur'an pada usia yang sangat muda dan juga menghafal berbagai teks inti dalam fiqh, hadith, Bahasa Arab dan pelbagai ilmu-ilmu keagamaan yang membuatkan beliau termasuk dalam lingkungan ilmuan yang dipegang teguh oleh begitu banyak ulama-ulama tradisional seperti Muhammad bin ‘Alawi bin Shihab dan al-Shaikh Fadl Baa Fadl serta para ulama lain yang mengajar di Ribat, Tarim. Beliau turut mempelajari pelbagai ilmu termasuk ilmu-ilmu kerohanian keagamaan dari bapa beliau yang syahid, al-Habib Muhammad bin Salim, yang daripada beliau itu terlahirnya cinta dan perhatiannya yang mendalam pada dakwah dan bimbingan atau tuntunan keagamaan dengan cara Allah SWT. Bapa beliau begitu memperhatikan beliau sejak kecil yang selalu berada di sisi ayahnya di dalam lingkaran ilmu dan zikir.
Atas kehendak Allah, ketika al-Habib ‘Umar sedang menemani bapa beliau untuk solat Jumaat, bapa beliau diculik oleh puak komunis dan beliau yang masih kecil bersendirian pulang ke rumahnya dengan masih membawa kain selendang bapa beliau, dan sejak itu bapa beliau tidak pernah dilihat lagi. Ini menyebabkan ‘Umar mula menganggap bahawa tanggungjawab untuk meneruskan pekerjaan yang dilakukan bapa beliau dalam bidang dakwah sama seperti seakan-akan kain selendang bapa beliau yang ibarat menjadi panji diamanahkan kepadanya semasa kecil sebelum gugur syahid. Sejak itu, dengan panji yang dikibarkannya tinggi, beliau memulakan, dengan penuh semangat, perjalanan penuh perjuangan, mengumpulkan orang, membentuk majlis dan dakwah. Perjuangan dan usaha beliau yang keras demi meneruskan usaha bapa beliau mula membuahkan hasil. Kelas-kelas mula dibuka bagi anak muda mahupun orang tua di masjid-masjid setempat yang menawarkan pelbagai peluang untuk menghafal Al-Qur’an dan untuk belajar ilmu-ilmu agama.
Beliau yang telah benar-benar memahami agama dan kitab suci telah dikurniakan sesuatu yang khusus daripada Allah walaupun masih muda. Namun hal tersebut mulai mengakibatkan kerisauan akan keselamatannya dan akhirnya diputuskan untuk berpindah ke kota Al-Bayda’ yang terletak di Yaman Utara yang jauh daripada jangkauan ancaman.
Di sana, beliau memasuki sekolah Ribat di al-Bayda’ dan mulai belajar ilmu-ilmu Islam tradisional di bawah bimbingan ahli yang mulia al-Habib Muhammad bin ‘Abd-Allah al-Haddar (semoga Allah mengampuninya), dan juga di bawah bimbingan ulama mazhab Syafi‘i al-Habib Zain bin Sumait (semoga Allah melindunginya). Akhirnya beliau dilantik sebagai seorang guru tidak lama selepas itu. Beliau juga terus melanjutkan perjuangannya dalam bidang dakwah.
Kali ini beliau berdakwah di al-Bayda’ dan kawasan sekitarnya. Tiada satu pun yang terlepas dalam usahanya untuk mengenalkan kembali cinta kasih Allah dan Rasul-Nya ﷺ ke dalam hati masyarakat setempat. Kelas-kelas dan majlis ilmu diadakan, pengajaran dimula dan ramai orang dibimbing. Usaha beliau yang gigih menyebabkannya kekurangan rehat dan tidur mula memberi kesan kepada mereka yang tersentuh dengan ajarannya, terutama para pemuda yang sebelumnya pernah terjerumus dalam kehidupan yang disia-siakan dan telah mengalami perubahan mendalam hingga mereka sedar bahawa hidup ini mempunyai tujuan. Mereka bangga dengan indentiti baru mereka sebagai orang Islam, mengenakan serban/selendang Islam dan mulai menumpu perhatian untuk meraih sifat-sifat luhur dan mulia Rasulullah ﷺ .
Sejak itu, ramai orang yang telah mendapat sentuhan dakwahnya mula berkumpul mengelilinginya dan membantunya dalam perjuangan dakwah dalam mengajar di pelbagai bandar besar mahupun kecil di Yaman Utara. Pada masa ini, beliau mulai mengunjungi banyak tempat dan masyarakat di seluruh Yaman, bermula dari Ta'iz di utara, untuk belajar ilmu dari mufti Ta‘iz al-Habib Ibrahim bin Aqil bin Yahya yang mula memberi padanya perhatian dan kasih sayang sebagaimana dia mendapatkan perhatian yang sama daripada Shaikh al-Habib Muhammad al-Haddar sehingga beliau memberikan anak perempuannya untuk dinikahi setelah menyaksikan bahawa dalam dirinya terdapat sifat-sifat kejujuran dan kepintaran.
Tidak lama selepas itu, beliau melakukan ibadah Haji di Makkah dan mengunjungi makam Rasulullah ﷺ di Madinah. Dalam perjalanannya ke Hijaz, dia diberkati kesempatan untuk mempelajari beberapa kitab dari para ulama terkenal di sana, terutama daripada al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad al-Saqqaf yang melihat dalam diri ‘Umar, terdapat semangat pemuda yang penuh cinta kepada Allah dan Rasul-Nya ﷺ dan bersemangat dalam penyebaran ilmu dan keadilan terhadap umat manusia sehingga beliau dicintai al-Habib Abdul Qadir itu. Beliau turut diberkati untuk menerima ilmu dan bimbingan daripada al-Habib Ahmed Mashur al-Haddad dan al-Habib 'Attas al-Habashi di sana.
Setelah perjalanan ke Hijaz, nama al-Habib Umar bin Hafiz mulai tersebar luas terutama disebabkan kegigihan usahanya dalam menyeru agama Islam dan memperbaharui ajaran-ajaran tradisional. Namun kepopularan ini tidak sedikit pun mengurangi usaha dakwahnya, malah, menjadikannya peluang untuk mendapatkan sumber tambahan. Tiada waktu beliau yang terbuang sia-sia, setiap saat dipenuhi dengan mengingati Allah dalam pelbagai cara, dan dalam pelbagai situasi dan lokasi yang berbeza. Perhatiannya yang mendalam terhadap pembangunan iman terutama pada mereka yang berada hampir dengannya, telah menjadi salah satu daripada sifatnya yang paling jelas sehingga membuat namanya tersebar luas.
Negara Oman telah menjadi fasa berikutnya dalam pergerakan menuju pembaharuan abad ke-15 Hijrah. Setelah menyambut baik undangan dari sekumpulan Muslim yang memiliki hasrat dan keinginan untuk menerima manfaat dari ajarannya, eliau meninggalkan tanah kelahirannya buat beberapa tahun. Pengajaran dan kemuliaan turut ditanam di Shihr di Yaman timur, bandar pertama yang disinggahi ketika kembali ke Hadramaut, Yaman. Di sana, ajaran-ajaran beliau mula diabadikan dengan pembangunan Ribat al-Mustafa. Ini merupakan titik utama dalam kemajuan untuk pengajaran pada masa depan.
Kepulangan beliau ke Tarim menjadi tanda sebuah perubahan[2]. Pada tahun 1993 atau sekitar 1414 H, al-Habib Umar mengabadikan ajaran-ajarannya dengan membina Darul Mustafa[4]. Institut ini dibina dengan tiga tujuan :
Darul Mustafa menjadi hadiah beliau kepada dunia, dan di institut itulah ajaran para salafus solihin diseru, hingga tersebar ke seluruh penjuru dunia[4]. Pada masa yang boleh dikatakan singkat, penduduk Tarim menyaksikan berkumpulnya murid dari pelbagai daerah yang jauh bersatu di satu bandar tersebut yang hampir diabaikan ketika masih dikuasai oleh pembangkang komunis[2][4]. Pelajar dari Indonesia, Malaysia, Singapura, Kepulauan Comoro, Tanzania, Kenya, Mesir, England, Pakistan, Amerika Syarikat dan Kanada, juga negara-negara Arab lain diawasi secara langsung oleh al-Habib Umar[2][4]. Mereka ini bakal menjadi perwakilan dan pewaris bagi yang telah menjadi diperjuangkan[2]. Terbinanya pelbagai institusi Islam seperti di Yaman dan di negara-negara lain dibawah pengurusan al-Habib Umar akan menjadi sebuah tonggak utama dalam penyebaran ilmu dan akhlak mulia serta menyediakan peluang bagi orang-orang awam untuk menuntutnya[2].
Dalam sepanjang hayatnya, wasiat dan nasihat beliau banyak tercatat dan direkod dalam bentuk penulisan dan penyampaian oleh anak murid beliau. Anatanya ialah:
al-Habib Umar juga merupakan ulama yang produktif dalam menulis, di antara kitab karangan beliau adalah :
Kitab Maulid adh-Dhiya' al-Lami' merupakan karya al-Habib Umar paling berpengaruh yang mengandungi syair pujian terhadap Rasulullah ﷺ , yang juga dikenali sebagai Maulid al-Habib Umar[17].
Maulid Adh-Dhiya Ullami (Cahaya Yang Terang Benderang) ialah kitab yang disusun oleh al-Musnid al-Habib Umar bin Muhammad Al-Hafiz dan merupakan Kitab Maulid mutakhir. Pada suatu malam, Al Musnid Habib Umar bin Hafiz memanggil salah seorang anak muridnya, lalu diperintahnya membawa pen dan kertas, seraya berkata : "Tulis...", lalu beliau mengucapkan maulid Dhiya’ullami' itu bermula sepertiga malam dan tamat sebelum waktu subuh.
Maulid mulia ini tertulis sejarah Nabi ﷺ , bait-bait selawat pembukanya berjumlah 12 yang melambangkan kelahiran Nabi ﷺ pada 12 Rabiul Awal.
Rangkap pertamanya diisi dengan 3 surah, iaitu surat Al-Fath, surat At-Taubah dan Surat Al-Ahzab. 3 surah ini melambangkan kelahiran Nabi ﷺ iaitu pada bulan ketiga Rabiul Awal, baris pertama hingga Qiyam jumlahnya 63 yang melambangkan usia Nabi ﷺ iaitu 63 tahun.
al-Habib Umar yang merupakan pakar dalam bahasa, syairnya bukan hanya Maulid Dhiya’ullami’, namun lebih dari seribu rangkap syair telah diterbitkan dariada ucapannya dengan jumlah yang sangat banyak.
<ref>
tidak sah, nama "Alqadripviii" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
|month=
ignored (bantuan); Check date values in: |date=
dan |year=
/ |date=
tidak padan (bantuan); External link in |publisher=
(bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)|month=
ignored (bantuan); Check date values in: |date=
dan |year=
/ |date=
tidak padan (bantuan); External link in |publisher=
(bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)|month=
ignored (bantuan); Check date values in: |date=
dan |year=
/ |date=
tidak padan (bantuan); External link in |publisher=
(bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)|publisher=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)|year=
(bantuan); External link in |publisher=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)|month=
ignored (bantuan); Check date values in: |date=
dan |year=
/ |date=
tidak padan (bantuan); External link in |publisher=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)|month=
ignored (bantuan); Check date values in: |date=
dan |year=
/ |date=
tidak padan (bantuan); External link in |publisher=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)jelis Almuwasholah Bayna Ulama Al Muslimin