Hari Perintis (Utah)

Hari Perintis
Date24 Julai

Hari Perintis merupakan suatu cuti rasmi yang diraikan pada 24 Julai di negeri Utah, Amerika Syarikat (A.S.),[1] dengan beberapa sambutan berlangsung di kawasan sekitar negeri yang asalnya diduduki oleh perintis Mormon.[2][3] Hari tersebut memperingati masuknya Brigham Young dan kumpulan pertama perintis Mormon ke Lembah Salt Lake pada 24 Julai 1847,[4] di mana Orang Suci Zaman Akhir yang menetap di sana dipaksa keluar dari Nauvoo, Illinois[5] dan lokasi-lokasi lain di timur A.S.[6] Perbarisan, bunga api, rodeo dan perayaan-perayaan lain disambut bagi memperingati peristiwa tersebut. Serupa dengan Hari Kemerdekaan, banyak pejabat tempatan, pemerintah negeri serta perniagaan di tutup pada hari tersebut.[7]

Selain menjadi cuti rasmi di Utah, Hari Perintis dianggap sebagai peristiwa istimewa bagi ramai anggota Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir (Gereja LDS).[8][9] Pada hari tersebut, sesetangah Orang Suci Zaman Akhir akan berjalan di sebahagian Jejak Mormon atau melakonkan semula perjalanan masuk ke Lembah Salt Lake dengan kereta sorong.[10] Orang Suci Zaman Akhir di seluruh A.S.[11][12] dan dunia mungkin menyambut 24 Julai bagi memperingati era perintis Gereja OSZA dengan lagu, tarian, juadah bawaan dan kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan perintis.[13][14]

  1. ^ Packard, David (15 Julai 2009). "Pioneer Day in Pocatello, Idaho". Church News (dalam bahasa Inggeris). LDS Church. Dicapai pada 5 Ogos 2013.
  2. ^ Tanner, Eliza (September 1995). "Safe from the Storms". Ensign (dalam bahasa Inggeris). Gereja OSZA.
  3. ^ Schindler, Harold (24 Julai 1997). "Ailing Young Rolls Out of Canyon, Likes Look of the Salt Lake Valley". Salt Lake Tribune. Mormon Trail Series (dalam bahasa Inggeris). Article ID: 100F84BB82E32C16. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Julai 2012 – melalui keizinan di Utah History to Go.
  4. ^ Sanford, Melissa (8 April 2004). "Illinois Tells Mormons It Regrets Expulsion". The New York Times (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ "Today in History: July 24". American Memory (dalam bahasa Inggeris). Perpustakaan Kongres. Dicapai pada 5 Ogos 2013.
  6. ^ Kofesh, Jessica (22 Julai 2017). "Pioneer Day 2017: What's closed, open around Northern Utah". Standard-Examiner (dalam bahasa Inggeris). Ogden, Utah.
  7. ^ Hinckley, Gordon B. (October 2001). "Remarks at Pioneer Day Commemoration Concert". Ensign (dalam bahasa Inggeris). Gereja OSZA.
  8. ^ Reynolds, Sydney Smith (Jun 1989). "They Belong to Us All". Liahona (dalam bahasa Inggeris). Gereja OSZA.
  9. ^ "Mormons Celebrate Their Pioneer Heritage". Newsroom (dalam bahasa Inggeris). Gereja OSZA. 23 Julai 2009. Dicapai pada 5 Ogos 2013.
  10. ^ McGrath, Rachel (26 Julai 2009). "Mormons in Camarillo mark pioneers' Utah arrival in 1847". Ventura County Star (dalam bahasa Inggeris). Camarillo, California. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Ogos 2012.
  11. ^ Rohrer, Grey (20 Julai 2009). "Pioneer Days celebrate western migration". Cape Coral Daily Breeze (dalam bahasa Inggeris). Cape Coral, Florida. Dicapai pada 5 Ogos 2013.
  12. ^ Gaunt, LaRene Porter (April 2005). "Celebrate!". Ensign (dalam bahasa Inggeris). Gereja OSZA.
  13. ^ Bailey, Tamara Leatham (Julai 1997). "For Your Info: Pioneer Parties". New Era (dalam bahasa Inggeris). Jil. 13 no. 1–3. LDS Church. m/s. 341–356. doi:10.1023/A:1006550728250. S2CID 26050131.