PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. |
Hepatitis G berpunca daripada virus RNA dalam keluarga Flaviviridae yang amat menyerupai virus Hepatitis C sehinggakan ia dikenali sebagai virus GB -virus hepatitis C/G virus (GBV-C/HGV).
Bagaimanapun, ia tidak dikaitkan dengan sebarang penyakit hati teruk ('kronik'). Malah, ia kelihatan sebagai virus tidak berbahaya yang terdapat secara meluas di seluruh dunia.
Tidak terdapat kaitan buruk antara pesakit yang mengidap Hepatitis C dan Hepatitis G pada masa yang sama.
Virus ini dikenali sebagai bawaan darah, dan terdapat cadangan bahawa ia disebarkan melalui hubungan seks (penyakit kelamin).