Jenis/bentuk sah | Syarikat ![]() |
---|---|
Industri | Seni bina, pemnbinaan |
Ditubuhkan | 1977 |
Pengasas | Hijjas Kasturi |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
Tokoh penting | Serina Hijjas |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Hijjas Kasturi Associates Sdn. (juga dikenali sebagai Hijjas Architects & Planners) ialah sebuah firma perunding kejuruteraan struktur Malaysia yang berpusat di Kuala Lumpur.[1] Diasaskan pada 1977 oleh arkitek Malaysia, Hijjas Kasturi, syarikat ini terkenal dengan reka bentuk bangunan terkenal di Malaysia seperti Menara Maybank (1989), Tabung Haji (1986), Menara Telekom (2001), Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (2003) dan Menara 4G11 di Putrajaya (2008).[2]
Hijjas Kasturi Associates bermula pada tahun 1977 dan ia menampilkan reka bentuk yang berkonsep bentuk ruang antara gaya moden gabungan dengan gaya lama. Penampilan reka bentuk moden ini menggabungkan ciri-ciri tradisional, dari segi organik dan perincian bagi penyelesaian baru bagi sistem pembinaan. Hijjas Kasturi Associates semakin aktif dan banyak terlibat dalam pembangunan Putrajaya dan projek-projek di Timur Tengah.
Hijjas Kasturi Associates telah memenangi banyak anugerah untuk kerja mereka termasuk Pusat Sivik Kuching oleh Persatuan Jurutera, California, Amerika Syarikat (1989); Anugerah ASEAN (1990), sebagai pengiktirafan dalam bidang seni visual (seni bina), Anugerah Penciptaan Tokyo ke-12 oleh Persatuan Fesyen Tokyo, Jepun (1998) dan Anugerah Kecemerlangan Institut Arkitek Malaysia untuk Bangunan Suruhanjaya Sekuriti, Kuala Lumpur.