Hisashi Iwakuma 岩隈 久志 | ||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pelempar | ||||||||||||||||||||
Dilahirkan: Higashiyamato, Tokyo, Jepun | 12 April 1981||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||
Debut profesional | ||||||||||||||||||||
NPB: 29 Mei, 2001, untuk Osaka Kintetsu Buffaloes | ||||||||||||||||||||
MLB: 20 April, 2012, untuk Seattle Mariners | ||||||||||||||||||||
Penampilan terakhir | ||||||||||||||||||||
MLB: 3 Mei, 2017, untuk Seattle Mariners | ||||||||||||||||||||
NPB: 2019, untuk Yomiuri Giants | ||||||||||||||||||||
Statistik NPB | ||||||||||||||||||||
Rekod menang–kalah | 107–69 | |||||||||||||||||||
Purata peroleh larian | 3.25 | |||||||||||||||||||
Strikeout | 1,175 | |||||||||||||||||||
Statistik MLB | ||||||||||||||||||||
Rekod menang–kalah | 63–39 | |||||||||||||||||||
Purata peroleh larian | 3.42 | |||||||||||||||||||
Strikeout | 714 | |||||||||||||||||||
Pasukan | ||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||
Kerjaya cemerlang dan anugerah | ||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||
Pingat
|
Hisashi Iwakuma (岩隈 久志 , Iwakuma Hisashi, lahir 12 April 1981) merupakan bekas pemain besbol Jepun yang beraksi sebagai pelempar. Beliau pernah bermain untuk pasukan Osaka Kintetsu Buffaloes di Nippon Professional Baseball (NPB) dari tahun 2000 hingga 2004, seterusnya untuk pasukan Tohoku Rakuten Golden Eagles dari tahun 2005 hingga 2011 serta Yomiuri Giants pada tahun 2019. Karier beliau di Major League Baseball (MLB) pula ialah pada tahun 2012 hingga 2017 apabila beliau mewakili pasukan Seattle Mariners. Iwakuma mengumumkan persaraan pada 2020 disebabkan masalah kecederaan bahu dialaminya yang telah menghalangnya bermain pada tahun tersebut.
Iwakuma melakukan kemunculan sulungnya untuk Buffaloes pada 2000. Beliau disenaraikan ke dalam pasukan NPB All-Star pada 2003 dan 2004 serta beraksi di Sukan Olimpik 2004. Beliau kemudiannya menyertai Eagles pada 2005. Sebagai ace pasukan, Iwakuma dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Eiji Sawamura pada 2008 dan layak sebagai pemain NPB All-Star pada tahun yang sama. Beliau juga tampil mewakili pasukan kebangsaan Jepun di kejohanan World Baseball Classic 2009.
Iwakuma menyertai MLB selepas musim 2010 melalui posting system tetapi beliau gagal mencapai persetujuan dengan pembida. Selepas musim 2011, beliau menyertai Mariners. Beliau telah tampil dalam acara MLB All-Star pada tahun 2013 serta menduduki tempat ketiga bagi Anugerah Cy Young American League 2013.
Pada 12 Ogos 2015, Iwakuma menjadi pemain Jepun kedua yang beraksi tanpa pukulan di MLB (selepas Hideo Nomo, yang berhasil mencapainya sebanyak dua kali), dengan menyaksikan tiga walk, tujuh strikeout dalam aksi kemenangan 3-0 ke atas pasukan Baltimore Orioles di Safeco Field.[1] Perlawanan ini juga merupakan perlawanan sempurna MLB pertama beliau dan perlawanan kelima tanpa pukulan pasukan lawan dalam sejarah Mariners.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Hisashi Iwakuma |