Hospital Taiping | |
---|---|
Geografi | |
Lokasi | Taiping, Perak, Malaysia |
Koordinat | 4°51′04″N 100°44′13″E / 4.851007°N 100.736914°EKoordinat: 4°51′04″N 100°44′13″E / 4.851007°N 100.736914°E |
Organisasi | |
Pembiayaan | Kerajaan |
Jenis | Daerah |
Perkhidmatan | |
Jabatan kecemasan | Ya |
Katil | 608 ("2007") |
Pautan | |
Laman sesawang | http://htaiping.moh.gov.my/v4/ |
Hospital Taiping atau dahulunya dikenali sebagai Hospital Yong Wah adalah hospital pertama ditubuhkan di Malaysia. Hospital Taiping terletak di Jalan Taming Sari (Jalan Utama) berhampiran pusat bandar komersial, ia merupakan salah satu hospital terbesar di Malaysia dan adalah yang terbesar di negeri Perak. Hospital ini secara strategik terletak di 80 km dari Ipoh dan 85 km dari Pulau Pinang yang dapat memberi perkhidmatan pada penduduk di negeri-negeri utara Malaysia.
Hospital Yong Wah atau Hospital Papa Cina merupakan hospital yang pertama ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu. Ia ditubuhkan pada tahun 1880 untuk merawat kuli Cina dan pelombong tin yang sering sakit dan mengalami pelbagai penyakit seperti cirit-birit, taun, malaria, beriberi, disentri, dan penyakit paru-paru. Penubuhannya telah dibangunkan selari dengan pertumbuhan ekonomi yang ketara di bandar tersebut.
Hospital ini mendapat sokongan kewangan daripada pedagang China manakala Kerajaan Negeri membantu dari segi peralatan perubatan, ubat-ubatan dan kakitangan kejururawatan. Dengan pertimbangan kepada kebajikan rakyat miskin, hospital hanya mengenakan bayaran minimum 50 sen setahun daripada kuli miskin. Dasar hospital itu berlangsung dengan licin untuk tempoh enam bulan pertama sejak penubuhannya, tetapi kemudiannya berlaku kesukaran dalam mengumpul yuran. Puncanya adalah kebanyakan kuli gagal menyelesaikan yuran perubatan mereka kerana berpendapatan rendah.
Dengan itu, pada akhir tahun 1880, Kerajaan Negeri mengambil alih tanggungjawab penuh ke atas Hospital Yong Wah, dan memindahkannya ke lokasi sekarang di Jalan Utama, dan dinamakan dengan Hospital Besar Taiping. Kos penyelenggaraan hospital begitu tinggi, maka Sir Hugh Low, Residen British Perak mengenakan bayaran kiraan sebanyak satu dolar, keatas setiap orang yang tinggal di Taiping termasuk dalam daerah akan dikenakan pada setiap tahun, dan kupon kesihatan akan diberikan bagi mereka yang membayar yuran. Bayaran telah digunakan sebagai sumbangan bagi perbelanjaan untuk mengekalkan hospital, tanpa keuntungan yang diperolehi dari koleksi. Semua makanan, ubat-ubatan dan kehadiran diberi tanpa sebarang caj, tetapi masyarakat Cina membantah keras cukai ini, kerana ia tidak pernah dikenakan di negeri-negeri Melayu yang lain, dan sistem ini kemudiannya dimansuhkan pada tahun 1884.
Institusi ini terdiri daripada banyak bangunan yang menempatkan wad dan bangunan lain disusun secara berhati-hati menurut perancangan, ditanam dengan kelapa, pokok yang indah dan pokok-pokok bunga, yang menenangkan mata. Tujuan hospital ini adalah untuk membendung penyakit daripada merebak di kalangan kuli, mengurangkan kadar kematian, dan meningkatkan kadar pertumbuhan; tujuan penubuhan itu akhirnya bertukar memberikan hasil yang positif. Jumlah kematian dan penyakit merosot secara beransur-ansur di daerah ini, dan lebih mengejutkan, kadar kelahiran meningkat dengan banyaknya, dan Taiping terus berjaya dalam pertumbuhan ekonomi.
Institusi ini adalah di bawah pentadbiran Dr. Hamilton Wright Inspektor Kesihatan pertama, di mana hospital dapat mengekalkan 900 pesakit pada satu-satu masa, menurut laporan Sir Cecil Clementi semasa lawatan ke negeri itu. Pada tahun 1881, hospital itu mengalami pengubahsuaian utama dan penggantungan. Kos pengubahsuaian keseluruhan dianggarkan kira-kira 2,100 dolar selat. Menjelang tahun 1884, wad tambahan dan dispensari telah ditambah; sistem perparitan hospital itu juga bertambah baik dengan jumlah kos 9,379 dolar selat.
Juga pada tahun yang sama, sejumlah 3,068 kes telah dikendalikan oleh hospital (jumlah keseluruhan kira-kira 13,000 kes di Perak), di mana 2,501 kes membabitkan beri-beri. Punca utama beri-beri adalah disebabkan oleh kekurangan zat makanan dan sanitasi yang tidak wajar diamalkan oleh kuli. Taiping juga menempatkan sebuah hospital perlindungan gila (dalam kawasan hospital) dan sebuah hospital penjara (dalam penjara) di bawah penyeliaan Encik Thomas Prendergast. Pada tahun 1906, kakitangan perubatan Kerajaan melanjutkan perkhidmatan pada pesakit luar terutamanya di kawasan luar bandar. Peratusan kematian bagi kes-kes yang dirawat adalah 18.08% di Taiping, berbanding dengan 13 di hospital lain di Perak.
Bilangan pesakit yang dirawat dalam masa satu tahun termasuk beribu-ribu, dan jumlah wang yang dibelanjakan oleh Kerajaan dalam Jabatan Perubatan, dengan semua doktor dan pembantu, jururawat, dispenser, dressers, atendan, tukang masak, tukang kebun, penjaga pintu dan lain-lain, menjadikan jumlah terkumpul kepada jumlah yang sangat besar. Dilaporkan bahawa banyak peruntukan kerajaan mengalir ke hospital.
Oleh itu, pada tahun 1890, sebuah Lembaga Sanitary ditubuhkan untuk mengawal dan memantau kesihatan dan kebersihan bandar. Pada 3 Februari 1896, hospital ini telah dipasang dengan peralatan X-Ray, dan ditandakan sebagai hospital pertama di Tanah Melayu dan juga Asia Timur Jauh yang memiliki kemudahan-kemudahan tersebut. Encik Leonard Wray mempengerusikan majlis pembukaan, dan pesakit pertama yang menggunakan X-Ray adalah seekor bawal.
Pada tahun 1906, Jabatan Perubatan melaporkan bahawa 318,000 dolar selat telah dihabiskan di Perak untuk pembangunan di setiap sektor. Menjelang setahun kemudian, penduduk di Taiping dan di tempat lain di Perak telah meningkat secara beransur-ansur hasil daripada penjagaan kesihatan yang lebih baik yang telah diambil serius oleh kerajaan. Taiping menjadi perintis bagi sebuah institusi kesihatan yang kemudiannya diterima pakai oleh bandar-bandar lain di Tanah Melayu, dan kemudian hampir setiap bandar di Tanah Melayu mempunyai sebuah hospital.
Akhbar The Straits Times melaporkan pada 16 Februari 1897, petikan:
Gambar bayang di Perak: Dalam perjumpaan Persatuan Fotografi Amatur Perak di Taiping, buat kali ke-3, pengerusinya, Mr Wray, menunjukkan peralatan pancaran Roentgen. Perak dikatakan negeri pertama di Timur Jauh, di mana fotografi baru telah mula diterima. Peralatan ini menggunakan gelung aruhan, tiub itu milik Profesor Jackson. Mr Wray mula mengunakannya pada ikan (ikan bawal) dengan jayanya, imej terhasil menunjukkan dengan tepat tulang yang terdapat pada ikan. Pancaran itu kemudiannya digunakan pada tangan patah salah seorang penonton, Mr Pourlier, yang mengalami kemalangan semasa bermain kriket enambelas bulan lalu. Gambar yang terhasil memenuhi semua jangkaan. Ia difahamkan bahawa hospital di Perak tidak lama lagi akan dibekalkan dengan peralatan Roentgen.
Hospital Taiping
Jalan Taming Sari
34000 Taiping
Perak
Malaysia
No. Telefon : 05-8204000 (Talian Umum)
No. Fax : 05-8073894