Huan Tan

Huan Tan (Cina: 桓譚, sekitar 43 SM28 M)[1] ialah seorang ahli falsafah Cina yang giat pada zaman Dinasti Han (202 SM–220 M) dan zaman peralihan Dinasti Xin yang singkat (9–23 M). Ragam fahaman falsafah Huan berasal dari tradisi realis Catatan Lama yang disokong oleh ahli-ahli falsafah sezaman yang lain seperti ahli falsafah naturalis dan mekanistik, Wang Chong (27–sekitar 100) yang dikatakan oleh Rafe de Crespigny sebagai kuat dipengaruhi oleh Huan Tan.[1] Huan merupakan sahabat akrab dengan ahli falak dan ahli matematik istana, Liu Xin (m. 23 SD) as well as the author and poet Yang Xiong (53 SM–18 M), dan berkhidmat sebagai pegawai di bawah pemerintahan Ai (27–1 SM), Wang Mang (9–23 M), Gengshi (23–25 M), dan Guangwu (25–57 M).[1]


Selain pelbagai karya rapsodi, esei dan memorialnya, karya utama Huan merupakan Xinlun (新論), atau "Perbincangan Baru", yang dikagumi oleh Maharaja Guangwu, biarpun nama baik Huan Tan tercemar kerana kononnya merapatkan diri dengan rejim perampas kuasa Wang Mang.[1] Xinlun ini juga merupakan naskhah terawal yang memerikan peranti tukul tangkai yang dikuasakan oleh hidraulik (iaitu roda air) untuk menghancurkan dan mengupas kulit biji-bijian.[2]


  1. ^ a b c d Crespigny, 338.
  2. ^ Needham, Volume 4, Part 2, 392.


  • Crespigny, Rafe de. (2007). A Biographical Dictionary of Later Han to the Three Kingdoms (23-220 AD). Leiden: Koninklijke Brill. ISBN 90-04-15605-4.
  • Needham, Joseph (1986). Science and Civilization in China: Volume 4, Physics and Physical Technology, Part 2, Mechanical Engineering. Taipei: Caves Books Ltd.


Templat:China-politician-stub