Hudson Meek

Hudson Meek
Kelahiran
Hudson Joseph Meek

(2008-08-05)5 Ogos 2008
Meninggal dunia21 Disember 2024(2024-12-21) (umur 16)
Birmingham, Alabama, U.S.
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2014–2024

Hudson Joseph Meek (5 Ogos 2008 - 21 Disember 2024) merupakan seorang pelakon dari Amerika Syarikat, yang sangat terkenal dengan lakonannya sebagai Baby (Muda) dalam filem Baby Driver pada 2017.

Kehidupan kerjaya

[sunting | sunting sumber]

Meek dilahirkan pada 5 Ogos 2008, kepada Derek Meek dan Lani Wells di mana dia tinggal di pinggir bandar Birmingham di Vestavia Hills. Dia dan abangnya mula berlakon sejak kecil lagi. Dia adalah seorang Pembaptis.

Pada tahun 2014, dia muncul dalam filem Lifetime iaitu The Santa Con. Dia kemudiannya muncul dalam episod reboot MacGyver, dan sebagai Baby versi muda dalam filem Baby Driver (2017). Dia juga berlakon dalam Found (2023) dan The School Duel (2024). Dia dilakonkan sebagai Chris Piper dalam filem 90 Minutes in Heaven (2015).

Pada 19 Disember 2024, Meek terjatuh dari kenderaan yang sedang dalam perjalanan di Vestavia Hills dan dibawa ke Hospital UAB, di mana dia meninggal dunia akibat kecederaannya pada 21 Disember, pada usia 16 tahun.

Selepas kematiannya, Biasiswa Memorial Hudson J. Meek telah ditubuhkan, dan akan dianugerahkan setiap tahun kepada pelajar Sekolah Tinggi Vestavia Hills.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Filem
Tahun Tajuk Watak Nota
2014 The Santa Con Wiseman Telefilem; tidak dikreditkan
2015 90 Minutes in Heaven Chris Piper
The List Group Home Child Tidak dikreditkan
2017 Baby Driver Baby (Muda)
2024 The School Duel Sirius
Siri Televisyen
Tahun Tajuk Watak Nota
2018 MacGyver Son Episode: "Dia de los Muertos + Sicarios + Family"
2022 Legacies Tiberius Episode: "Was This the Monster You Saw?"
2023 Found Teenage Sir Episode: "Missing While Scamming"
2024 Genius Arnold Episode: "MLK/X: Graduation"

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]