Hukuman merotan ialah satu bentuk hukuman dera yang digunakan secara meluas di Singapura. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa konteks: kehakiman, penjara, reformasi, ketenteraan, sekolah, dan domestik. Amalan merotan sebagai hukuman ini telah diperkenalkan pada zaman penjajahan British di Singapura.[1] Bentuk hukuman dera yang serupa juga digunakan di beberapa bekas jajahan British yang lain, termasuk dua negara jiran Singapura, Malaysia dan Brunei.