#ICanHazPDF merupakan hashtag yang digunapakai di Twitter untuk memohon akses ke atas artikel jurnal akademik yang dikenakan bayaran oleh penerbit asal.[1] Ia telah bermula pada tahun 2011[2] oleh sainstis Andrea Kuszewski. [3][4] Nama ini diambil untuk singkatan kepada I Can Has Cheezburger?.[4]
Pengguna akan membuat permohonan melalui Twitter dengan memberikan judul artikel, DOI atau maklumat-maklumat lain seperti pautan dari penerbit,[5] alamat emel, dan hashtag "#ICanHazPDF". Seseorang yang mempunyai akses kepada artikel tersebut akan menghantar artikel tersebut melalui emel kepada pemohon. Selepas permohonan ditunaikan, pemohon perlu memadam teks Twitter yang asal.[6] Selain itu, pemohon yang tidak mahu mendedahkan alamat emel mereka secara umum boleh menghantar pesanan terus kepada mereka yang menawarkan pertolongan untuk mendapatkan artikel tersebut.
Kebanyakan permohonan adalah artikel yang diterbitkan sekurang-kurangnya lima tahun dari tahun permohonan, dan kebanyakan pemohon adalah dari negara yang bertutur dalam Bahasa Inggeris.[1] Permohonan untuk artikel biologi merupakan antara yang sering dimohon berbanding bidang lain, walaupun harga langganan untuk subjek kimia, fizik dan astronomi adalah lebih mahal berbanding biologi. [1] Pengguna menggunakan hashtag ini adalah disebabkan keengganan pengguna membayar untuk mendapatkan artikel dan proses yang cepat berbanding permohonan melalui pinjaman antara perpustakaan. [1]
Amalan permohonan ini dianggap sebagai "cetak rompak".[6] Walau bagaimanapun, kesalahan penggunaan ICanHazPDF diragui, memandangkan banyak penerbit saintifik membolehkan pengagihan artikel jurnal dalam bentuk tertentu, dan dasar-dasar berbeza daripada penerbit kepada penerbit. [7]