Idris Ahmad PMW (Wilayah Persekutuan) | |
---|---|
![]() Idris pada 2022 | |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Bagan Serai, Perak | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 18,551 (PRU-15) |
![]() Parti Islam Se-Malaysia | |
Menyandang jawatan 2015 Berkhidmat with | |
Presiden | Abdul Hadi Awang |
![]() | |
Menyandang jawatan 2015 Berkhidmat with Anggota Majlis Syura Ulamak PAS | |
Mursyidul Am | Hashim Jasin |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | ![]() ![]() |
Didahului oleh | Zulkifli Mohamad Al-Bakri |
Digantikan oleh | Mohd Na'im Mokhtar |
Ahli Dewan Negara | |
Lantikan Oleh Yang di-Pertuan Agong | |
Dalam jawatan 16 Jun 2020 – 5 November 2022 | |
Penggal | Pertama |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Bukit Gantang, Perak | |
Dalam jawatan 2013–2018 | |
Didahului oleh | ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 986 (PRU-13) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | (1963-10-19) 19 Oktober 1963 (umur 61)![]() |
Parti politik | ![]() |
Pasangan | Datin Kamariah Mat Ali |
Pertalian | Tuan Guru Haji Ahmad Sungai Petai (Ayah) Dato' Seri Haji Hassan Ahmad (Abang) Datuk Md Salleh Ahmad (Abang) Tuan Guru Haji Zakaria Ahmad (Adik) |
Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia (BA dan MA) |
Pekerjaan | Ahli Politik, Pendakwah |
Datuk Haji Idris bin Ahmad (Jawi: ادريس بن احمد, lahir 19 Oktober 1963) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bagan Serai. Pada peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia.
Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-9, YB Dato' Seri Ismail Sabri dengan memegang Portfolio sebagai Menteri Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama dan Ahli Dewan Negara (Senator).
Pada penggal Parlimen Malaysia ke-13, beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang menggantikan penyandang dari PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Idris dilahirkan pada 19 Oktober 1963 di Changkat Jering, Taiping, Perak. Ayahnya seorang tokoh agama yang dikenali sebagai Tuan Guru Haji Ahmad Kampung Petai. Anak ke lapan daripada sembilan beradik ini lahir dalam keluarga yang mementingkan pengajian agama. Kesemua adik-beradiknya adalah lulusan agama. Abangnya, Hassan Ahmad merupakan bekas Mufti Pulau Pinang. Seorang lagi abangnya, Dato' Salleh Ahmad merupakan bekas pensyarah dan profesor di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan kemudiannya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Idrid melanjutkan pengajian di Maktab Mahmud (1978–1979) dan Kolej Islam Kelang (KIK) (1980–1983). Beliau melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1984–1988) dan Ijazah Sarjana Dakwah dan Kepimpinan (Master) UKM.
Beliau mula menabur khidmat kepada masyarakat pada tahun 1989 setelah dilantik sebagai Pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Berkhidmat selama 8 tahun di UiTM Shah dan terus aktif menceburi bidang politik yang sehingga dilantik dilantik sebagai ahli parlimen pada tahun 2013 bagi kawasan Parlimen BUkit Gantang. Seterusnya beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara sebagai senator pada tahun 2020 dan telah diberi kepercayaaan untuk menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada tahun 2021.
Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Bagan Serai | Idris Ahmad | PN (PAS) | 33,753 | Zul Helmi Ghazali | BN (UMNO) | 15,202 | 18,551 | ||
Siti Aishah Shaik Ismail | PH (PKR) | 13,195 | ||||||||
Ahmad Luqman | PEJUANG | 383 | ||||||||
2018 | Bukit Gantang | Idris Ahmad | PAS | 16,052 | Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal | BN (UMNO) | 22,450 | 4,089 | ||
Khadri Khalid | PH (BERSATU) | 18,361 | ||||||||
2013 | Idris Ahmad | PAS | 30,563 | Ismail Saffian | BN (UMNO) | 29,577 | 986 | |||
2008 | Jerlun | Idris Ahmad | PAS | 17,219 | Mukhriz Mahathir | BN (UMNO) | 19,424 | 2,205 | ||
2004 | Idris Ahmad | PAS | 16,981 | Abdul Rahman Ariffin | BN (UMNO) | 19,123 | 2,142 |
Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | Changkat Jering | Idris Ahmad | PAS | 6,133 | Mat Isa Ismail | BN (UMNO) | 8,127 | 1,994 |