Ikatan Demokratik Malaysia ايكتن ديموكراتيک مليسيا MUDA | |
---|---|
Nama Bahasa Inggeris | Malaysian United Democratic Alliance |
Nama Bahasa Cina | 馬來西亞民主聯合陣綫 马来西亚民主联合阵线 Mǎláixīyà mínzhǔ liánhé zhèn xiàn |
Nama Bahasa Tamil | மலேசிய ஐக்கிய ஜனநாயக கூட்டணி Malēciya aikkiya jaṉanāyaka kūṭṭaṇi |
Singkatan | MUDA |
Presiden | Amira Aisya Abdul Aziz (Pemangku) |
Setiausaha agung | Amir Hariri Abdul Hadi |
Naib Presiden | Siti Rahayu Baharin Zaidel Baharuddin Shahrizal Denci |
Bendahari Agung | Shairy Hanapiah |
Ketua Penerangan | Leben Siddarth (Pemangku) |
Ketua Turus | Zaim Zulkifli |
Pengasas | Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Amira Aisya Abdul Aziz Siti Rahayu Baharin Mutalib Uthman Lim Wei Jiet Afiqah Zulkifli Amir Abd. Hadi Radzi Tajuddin Dr. Teo Lee Ken Shahrizal Denci Tarmizi Anuwar Dr. Thanussha Francis Xavier Dr. Mathen Nair Luqman Long |
Diasaskan | 17 September 2020 |
Disahkan | 23 Disember 2021 (fasa pertama pendaftaran) 29 Disember 2021[1] (disahkan secara rasmi) |
Pecahan | Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) |
Keanggotaan (2024) | 76,587 |
Ideologi | Demokrasi sosial Politik belia Sekularisme |
Kedudukan politik | Politik kiri tengah |
Penggabungan kebangsaan | - |
Warna | Hitam Emas |
Slogan | Budi - Tara - Serta |
Lagu parti | Muda Sudah Mula |
Dewan Negara Malaysia (Parlimen) | 0 / 70
|
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen) | 1 / 222
|
Dewan Undangan Negeri | 1 / 607
|
Menteri Besar dan Ketua Menteri | 0 / 13
|
Simbol pilihan raya | |
Bendera parti | |
Laman sesawang | |
https://muda.my/ | |
Parti politik di Malaysia |
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Ikatan Demokratik Malaysia (Jawi: ايکتن ديموکراتيک مليسيا , Inggeris: Malaysia United Democratic Alliance), juga singkatan: MUDA, merupakan sebuah parti politik di Malaysia yang ditubuh oleh ahli politik Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Pada 2024, parti MUDA akan mengadakan pemilihan kepimpinan buat kali pertama sejak penciptaannya.
Pada 24 Ogos 2020, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengumumkan bahawa beliau berniat untuk menubuh satu parti politik baharu untuk golongan belia, dengan inspirasi daripada parti-parti belia luar negara.[2]
Pada 17 September 2020, beliau telah ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) untuk mendaftar sebuah parti politik di bawah nama Ikatan Demokratik Malaysia.[3] Menurutnya, parti tersebut kini diterajui 13 orang penaja, dan akan menerima keahlian semua belia tidak kira kaum dan agama.[4] Namun begitu, pada 7 Januari 2021, pendaftaran parti tersebut disahkan ditolak oleh RoS, bersama-sama dengan Parti Pejuang Tanah Air milik bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad tanpa sebarang sebab dinyatakan lalu membawa kepada kekecewaan Syed Saddiq.[5][6] Pada 4 Februari, pihak Mahkamah Tinggi menolak permohonan oleh pihak MUDA untuk mencabar penolakan permohonan pengesahan sebagai parti politik.[7] Pada hari yang sama, MUDA mengemukakan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan tersebut.[8]
Pada 14 Disember 2021, Mahkamah Tinggi Malaysia telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk mendaftarkan parti ini dalam tempoh 14 hari. Mahkamah Tinggi telah menolak alasan penolakan penubuhan parti ini disebabkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempunyai sikap prejudis terhadap keselamatan negara.[9]
Pada 29 Disember 2021, Parti ini akhirnya berjaya didaftarkan sebagai parti politik rasmi dan berjaya menjadi salah satu parti utama Malaysia. Penggunaan logo parti tersebut telah dibenar pakai untuk kegunaan pilhanraya yang berlangsung di Malaysia.[10]
Negeri | No | Kawasan | Ahli | Catatan |
---|---|---|---|---|
Johor | P146 | Muar | Syed Saddiq Syed Abdul Rahman | Bekas Menteri Belia dan Sukan (2018-2020) |
Jumlah | Johor (1) |
Negeri | No | Kawasan | Ahli | Catatan |
---|---|---|---|---|
Johor | N41 | Puteri Wangsa | Amira Aisya Abdul Aziz | Menang dalam pilihan raya negeri Johor 2022 |
Jumlah | Johor (1) |
Piagam MUDA komited untuk mempromosikan norma politik yang baharu dan inovatif untuk memastikan tadbir urus negara yang dibina atas kecekapan dan integriti MUDA akan memberi tumpuan kepada pembinaan negara berdasarkan 5 tunjang berikut:
MUDA akan memastikan perwakilan pemuda dalam kepimpinan dan pencalonan parti.
8. MUDA akan memperkukuh dan memperhalusi tadbir urus partinya. Penapisan akan memberi tumpuan kepada proses ini:
9. MUDA menumpukan kepada cita-citanya untuk memperbaharui mekanisme politik kepartian. MUDA bertekad untuk menghapuskan politik panglima perang dan rasuah dengan membangunkan sistem di mana kuasa tidak tertumpu di tangan segelintir orang terpilih.
10. MUDA berjanji tidak akan bersetuju dengan usaha mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen bukan MUDA untuk menyertai MUDA.
|
|
|