Imam Besar Al-Azhar (Arab: الإمام الأكبر ), atau dikenali guna sebagai Syeikh al-Azhar (Arab: شيخ الأزهر الشريف ), kini disandang oleh Ahmad al-Tayib, ialah gelaran rasmi terkemuka dan unggul di Mesir.[1] Beliau dianggap oleh sebahagian Muslim sebagai pihak paling berkuasa dalam Islam dari akidah dan fiqah (perundangan Islam) aliran ahli Sunah Waljamaah[2] dan memegang pengaruh besar dalam kalangan pengikut Sunni aliran Asyairah dan Maturidi seluruh dunia. Imam Besar mengetuai Masjid al-Azhar, dan bersambung dengan Universiti al-Azhar, dan bertanggungjawab dalam urusan rasmi agama bersama-sama Mufti Besar Mesir.
Gelaran Imam Besar al-Azhar secara rasmi ditubuhkan pada 1961. Pada abad ke=14, ketua bagi institusi Al-Azhar diberikan gelaran Musyrif al-Azhar, kemudiannya menjadi Nazir Al-Azhar[3] dan, semasa pemerintahan Empayar Uthmaniyah, digelar Syeikh al-Azhar. Kini, pemegang gelaran ini juga sering dipanggil sebagai Syeikh al-Azhar.