Inanam | |
---|---|
Pekan dan Sub-Daerah | |
Transkripsi lain | |
Koordinat: 5°59′N 116°08′E / 5.983°N 116.133°EKoordinat: 5°59′N 116°08′E / 5.983°N 116.133°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Pantai Barat, Sabah |
Daerah | Kota Kinabalu |
Pentadbiran | |
• Badan | Dewan Bandaraya Kota Kinabalu |
• DUN | Yang Berhormat Peto Galim (Warisan Plus-PKR) (Inanam) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 3,604 |
Populasi di sekitar Inanam | |
Zon waktu | MST |
Kod kawasan | 088 |
Kawasan Kejiranan | Manggatal |
Inanam merupakan sebuah pekan yang terletak di daerah Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Inanam mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit bukau dan bertanah subur serta rata. Inanam merupakan salah satu kawasan perindustrian selain daripada Kolombong. Pusat perniagaan terletak di Batu 6 Jalan Tuaran dengan anggaran 10 km dari Kota Kinabalu.
Selain bidang industri, perniagaan tani juga terkenal dengan menjual pelbagai barangan tani seperti sayur-sayuran, ikan dan sebagainya.
Malah, tidak ketinggalan terdapat juga beberapa deretan-deratan bangunan yang terdiri daripada restoran, kedai makanan dan minuman, pusat siber internet, pasar raya, bank, pasar raya, pasar sayur, masjid, gereja dan lain-lain lagi.
Lebih kurang 3 km dari pekan ini, terdapat sebuah perkelahan yang dikenali sebagai Air Terjun Kiansom. Pengangkutan mini bas ke sana disediakan oleh penduduk tempatan dengan harga RM2.50 mulai dari stesen pekan Inanam. Bayaran pintu masuk untuk dewasa adalah RM1.00 dan kanak-kanak RM0.50. Gerai jualan kecil juga terdapat di luar pintu masuk. Pada kebiasaanya, hujung minggu menjadi tumpuan orang ramai pergi berkelah.
Penduduk Inanam adalah datang daripada pelbagai kaum seperti etnik Kadazan-Dusun, Cina dan malah terdapat juga orang Filipina bekerja sebagai peniaga tani.
Kategori berkenaan Inanam di Wikimedia Commons