Individualisme terbuka ialah sebuah pandangan dalam falsafah diri, yang menurutnya hanya ada satu subjek yang sama secara numerik, iaitu semua orang pada setiap masa, pada masa lalu, sekarang dan masa depan.[1] Ia adalah sebuah penyelesaian teori kepada persoalan identiti peribadi, yang berbeza dengan "Individualisme kosong", yang merupakan sebuah pandangan bahawa identiti peribadi sepadan dengan corak tetap yang serta-merta hilang dengan peredaran masa, Ia juga berbeza dengan "Individualisme tertutup", pandangan umum yang identiti peribadi adalah khusus kepada subjek dan masih bertahan dari semasa ke semasa.[1]
Istilah ini dicipta oleh ahli falsafah Daniel Kolak,[2] walaupun pandangan ini telah diterangkan sekurang-kurangnya sejak zaman Upanishad, pada akhir Zaman Gangsa; ungkapan "Tat tvam asi " yang bermaksud "Anda adalah itu" adalah salah satu contoh pandangan ini. Orang lain yang telah menyatakan pandangan yang sama (dalam pelbagai bentuk) termasuk ahli falsafah Averroes,[3] Arthur Schopenhauer,[4] dan Arnold Zuboff,[5] ahli mistik Meher Baba,[6] pelawak Bill Hicks,[7] penulis Alan Watts,[8] serta ahli fizik terkenal Erwin Schrödinger, [9] Freeman Dyson,[10] dan Fred Hoyle.[11]
Leo Tolstoy dalam karya cerpennya berjudul "Esarhaddon, Raja Assyria", menceritakan bagaimana seorang lelaki tua yang muncul di hadapan Esarhaddon dan membawa raja tersebut melalui proses di mana dia mengalami, dari perspektif orang pertama, kehidupan manusia dan haiwan bukan manusia yang telah dia seksa. Ini mendedahkan kepadanya bahawa dia adalah semua orang dan dengan mencederakan orang lain, dia sebenarnya mencederakan dirinya sendiri.[12]
Dalam novel fiksyen sains berjudul October the First Is Too Late, Fred Hoyle mengemukakan "teori lubang merpati" yang menegaskan bahawa "setiap detik masa boleh dianggap sebagai lubang merpati yang sedia ada" dan lubang merpati yang sedang diperiksa oleh kesedaran anda adalah masa kini dan sorotan kesedaran tidak perlu bergerak secara linear; ia berpotensi bergerak dalam sebarang susunan.[13] Hoyle menganggap kemungkinan bahawa mungkin terdapat satu set lubang merpati untuk setiap orang, tetapi hanya satu lampu sorotan untuk semua orang, yang bermaksud bahawa "kesedaran mungkin sama". [11]
" The Egg ", sebuah cerpen oleh Andy Weir, adalah adalah mengenai seorang watak yang mengetahui bahawa mereka adalah setiap orang yang pernah wujud.[14]