Jenis/bentuk sah | Awam |
---|---|
ISIN | ID1000057003 |
Industri | Makanan dan minuman |
Ditubuhkan | 1968 | (sebagai PT Panganjaya Intukusuma)
Pengasas | Soedono Salim |
Ibu pejabat | Jakarta, Indonesia |
Tokoh penting | Soedono Salim |
Keluaran | Makanan dan minuman |
Pemilik | Soedono Salim |
Syarikat induk | Salim Group |
Anak syarikat | Bogasari Flour Mills, Indofood CBP, Indofood Singapore Holdings Pte. Ltd., PT Indofood Fortuna Makmur |
Tapak web | www.indofood.co.id |
sunting · sunting di Wikidata |
PT Indofood Sukses Makmur Tbk (IDX: ICBP Diarkibkan 2013-03-14 di Wayback Machine) atau lebih dikenali sebagai Indofood, ialah syarikat pengilang produk makanan dan minuman Indonesia, yang dimiliki oleh Salim Group. Syarikat ini membuka cawangan di Malaysia dengan nama Indofood (M) Food Industries Sdn Bhd di Ipoh, membuka cawangan di Cina dan Jepun dengan nama Indofood.
Perniagaan mi segera di Indonesia pertama kali ditubuhkan pada tahun 1968, yang mana dua tahun seterusnya dilancarkanlah Indomie, jenama mi segera yang popular di Indonesia dan luar negara Indonesia. PT Indofood Sukses Makmur Tbk ditubuhkan pada tahun 1968 sebagai PT Panganjaya Intikusuma sebelum menggantikan nama sepenuhnya menjadi PT Indofood Sukses Makmur Tbk pada tahun 1993 dengan menyenaraikannya di Bursa Saham Indonesia.[1] PT Indofood Sukses Makmur Tbk ialah salah sebuah syarikat di bawah naungan konglomerat Salim Group yang dimiliki oleh Allahyarham Soedono Salim (1915-2012).[2]