![]() | |
![]() | |
Jenis/bentuk sah | Syarikat awam berhad |
---|---|
Didagangkan sebagai | LSE: INF |
Industri | Penerbitan akademik |
Ditubuhkan | Disember 1998 |
Ibu pejabat | London |
Kawasan perkhidmatan | 43+ negara |
Tokoh penting | Stephen Carter, Baron Carter of Barnes (CEO) |
Keluaran | Kewangan ![]() |
Perkhidmatan | Acara berskala besar, pameran, buku Akademik & jurnal, persidangan, latihan, penerbitan kepakaran dan perisikan |
Hasil | £1,212.2 million (2015)[1] |
Pendapatan kendalian | £365.6 million (2015)[1] |
Pendapatan bersih | £172.7 million (2015)[1] |
Bilangan kakitangan | 7,531 (2012) ![]() |
Pembahagian | Academic Publishing, Business Intelligence, Global Exhibitions, Knowledge & Networking[2] |
Anak syarikat | Taylor & Francis, Informa Tech ![]() |
Tapak web | www![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Informa plc merupakan syarikat penerbit multinasional dan acara yang beribu pejabat di London.[3][4] Ia turut mempunyai pejabat di lebih 40 buah negara dan mempunyai 6,500 staf. Ia turut memiliki jenama seperti CRC Press, Datamonitor, Institute for International Research, Lloyd's List (London Press Lloyd), Routledge, dan Taylor & Francis.
Informa memulakan perniagaan pada 1734 dengan Lloyd's List, antara jurnal tertua di dunia. Informa mula dibangunkan pada 1998 apabila bergabung dengan IBC Group plc dan LLP Grop plc. Semenjak itu, Informa telah berkembang, termasuk penggabungan dengan syarikat penerbitan Taylor & Francis pada 2004 dan memperoleh IIR Holdings, sebuah syarikat pembangunan modal insan dengan nilai £768 juta.[5][6] Pada Oktober 2006, syarikat ini pernah didatangi oleh Springer Science and Business Media dalam usaha pengambilalihan,[7] namun pada November, ahli lembaga syarikat menolak kerana nilai tawaran yang rendah.[8]
Pada awal 2007, pengerusi Richard Hooper mengumumkan persaraan pada bulan Mei. Selepas berunding dengan pemegang saham utama, ketua eksekutif Peter Rigby dilantin menggantikan Hooper, dan pengarah urusan David Gilbertson pula menggantikan tempat Rigby. Informa menegaskan pemilihan Rigby adalah untuk mengekalkan kestabilan pengurusan walaupun pelantikan itu mencetus kontroversi kerana tidak menepati UK's Combined Code untuk Tadbir Urus Korporat.[5][9]
Pada 8 Jun 2008, The Sunday Telegraph melaporkan United Business Media (UBM) telah mencadangkan penggabungan dengan Informa untuk mewujudkan kumpulan media dengan nilai melebihi £3 billion.[10] Perkhabaran tersebut telah disahkan oleh Informa menerusi sidang akhbar pada hari yang sama, namun menegaskan ia masih awal.[11][12] Sebelum ini, pada 13 Mei The Times melaporkan bahawa Carlyle Group dan Apax Partners bercadang untuk membida Informa.[13] Pada 17 Jun, perbincangan dengan UBM telah ditamatkan apabila harga saham Informa naik mendadak selepas pendedahan awam mengenai potensi penggabungan ini.[14] Pada 26 Jun konsortium ekuiti swasta yang terdiri daripada Providence Equity Partners, Carlyle Group dan Hellman & Friedman mencadangkan satu tawaran pengambilalihan dengan menawarkan 506 pence sesaham.[15]
Pada 10 Julai 2013, syarikat mengumumkan persaraan Peter Rigby pada penghujung tahun 2013 dan akan digantikan oleh CEO Stephen A Carter.[16] Pada tahun 2013 juga, Informa mendapatkan sebuah syarikat Kanada Hobby Star Marketing, yang menjalankan konvensyen buku komik, Fan Expo. Informa turut mendapatkan konvensyen lain dan diletakkan di bawah Fan Expo seperti Dallas Comic Con dan MegaCon.[17][18][19]
Pada Disember 2013, Informa memperoleh aset Business Intelligence Elsevier (EBI) dari Reed Elsevier. Unit perniagaan EBI termasuk penerbitan seperti The Pink Sheet, The Gray Sheet, IN VIVO, Start-Up, dan Strategic Transactions. Aset EBI digabungkan dengan Scrip, Datamonitor dan beberapa penerbitan lain dengan membentuk bahagian baharu, Pharma Intelligence, sebahagian daripada Informa Business Information.[20]
Pada Januari 2014, Stephen Carter telah menjadi CEO Informa plc.[21]
Syarikat ini menguruskan lebih 10,000 persidangan setahun dan menerbitkan jurnal akademik, pangakalan data komersial, nuku akademik dan perniagaan dan surat berita. Meliputi bidang seni dan kemanusiaan melalui sains sosial dengan sains fizikal dan teknologi; dan kewangan dan undang-undang melalui telekomunikasi, perdagangan maritim, tenaga, bioteknologi, komoditi dan pertanian. Portal penerbitan dalam taliannya, Informaworld menyediakan pelanggan dengan lebih separuh juta artikel jurnal dan 13,000 buku elektronik dari semua pencetakan. [22] Pada Jun 2011, jurnal dan buku elektronik dipindahkan ke laman sesawang baharu, Taylor & Francis Online. Manakala pangkalan data abstrak dan indeks serta pangkalan data bibliografik dipindahkan dari Informaworld ke Taylor & Francis Online kemudian.[23] Selain penerbitan, kumpulan ini turut mempunyai kepentingan lain yang diwakili oleh jenama yang dimilikinya di banyak negara. Jenama-jenama ini (syarikat) bekerja dalam bidang peningkatan prestasi dan perundingan pengurusan. Berikut merupakan bahagian-bahagian yang terdapat dalam Informa:
Akademik & sainstifik[sunting | sunting sumber]
Komersial[sunting | sunting sumber]
|
Profesional[sunting | sunting sumber]
|