Inspektor Tentera Udara Jerman | |
---|---|
Inspekteur der Luftwaffe | |
Menteri Pertahanan Persekutuan | |
Singkatan | InspL |
Anggota bagi | Tentera Udara Jerman |
Lapor kepada | Inspektor Jeneral Bundeswehr |
Bidang kuasa | Jerman |
Pelopor | Oberkommando der Luftwaffe |
sunting · sunting di Wikidata |
Inspektor Tentera Udara (Jerman: Inspekteur der Luftwaffe ) adalah Panglima Tentera Udara Jerman untuk Angkatan Tentera moden Jerman, iaitu Bundeswehr. Beliau bertanggungjawab bagi persiapan kakitangan dan material dalam Tentera Udara Jerman, didalam hal ini beliau melapor terus kepada Menteri Pertahanan Persekutuan. Inspektor semasa ialah Ingo Gerhartz, yang dilantik pada Mei 2018. Jawatan ini setaraf dengan Ketua Turus Tentera Udara Amerika Syarikat, Ketua Turus Udara British dan Panglima Tentera Udara Malaysia.
Inspektor Tentera Udara merupakan ketua Markas Tentera Udara, berpangkalan di Gatow, Berlin. Beliau berada dibawah Inspektor Jeneral Bundeswehr dan merupakan ahli Majlis Pertahanan bagi hal ehwal Bundeswehr. Kedua-dua Inspektor dan timbalannya memegang pangkat Leftenan Jeneral (Jerman: Generalleutnant ) sewaktu berkhidmat, namun Inspektor yang pertama, Josef Kammhuber, adalah dikecualikan, memegang pangkat jeneral penuh.