Institusi hak asasi manusia kebangsaan (NHRI) merupakan institusi bebas berasaskan negara dengan tanggungjawab untuk melindungi dan menyokong serta menyebarkan hak asasi manusia secara meluas di negara tertentu. Penubuhan institusi sedemikian telah digalakkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR), yang menyediakan khidmat nasihat dan sokongan, serta menyenangkan akses NHRI kepada badan perjanjian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan jawatankuasa lain yang terlibat. [1] Terdapat lebih daripada seratus institusi sedemikian yang dinilai oleh semakan rakan sebaya sebagai mematuhi piawaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditegaskan dalam Prinsip Paris . Pematuhan Prinsip adalah sesuatu yang asas untuk pentauliahan PBB, yang jarang bagi institusi NHRI tetapi dikendalikan secara langsung oleh badan PBB tetapi oleh jawatankuasa kecil Perikatan Global Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (GANHRI) yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kecil. mengenai Akreditasi . [2] Sekretariat kepada proses semakan (untuk pentauliahan awal, dan pentauliahan semula setiap lima tahun) disediakan oleh Bahagian Institusi Kebangsaan dan Mekanisme Serantau OHCHR. [3]
NHRI boleh dibahagi kepada dua kategori utama: suruhanjaya hak asasi manusia dan ombudsperson . Walaupun kebanyakan ombudsperson melanjutkan pemimpinan mereka kepada seorang ketua, [4] suruhanjaya hak asasi manusia diketuai oleh lembaga pelbagai ahli, selalunya melibatkan wakil-wakil daripada pelbagai kumpulan rakyat. NHRI kadangkala ditubuhkan untuk menangani isu khusus (contohnya) diskriminasi, walaupun Prinsip Paris menekankan mereka untuk menjadi badan yang mempunyai tanggungjawab yang lebih luas. Institusi kebangsaan khusus juga wujud di banyak negara untuk melindungi hak kumpulan terdedah tertentu seperti minoriti etnik dan bahasa, orang asli, kanak-kanak, pelarian, orang kurang upaya atau wanita .
Walau bagaimanapun, institusi hak asasi manusia kebangsaan di bawah ketaatan dan kepatuhan Prinsip Paris mempunyai mandat hak asasi manusia yang harus merangkumi kedua-dua fungsi iaitu penyebaran dan perlindungan. [5] Antaranya termasuklah penyelidikan, dokumentasi dan latihan serta pendidikan isu hak asasi manusia, daripada model ombudsman klasik yang biasanya mielibatkan penanganan aduan tentang kekurangan pentadbiran. Walaupun semua pelanggaran hak asasi manusia adalah salah tadbir, terdapat hanya sebahagian kecil daripada beban kerja ombudsman menangani pelanggaran piawaian hak asasi manusia. [6]
Kebanyakan negara merujuk kepada perlembagaan sebagai akta hak asasi manusia atau perundangan khusus institusi yang akan memperuntukkan penubuhan institusi hak asasi manusia kebangsaan. Tahap kebebasan dan hak asasi diri sendiri bagi institusi ini bergantung pada undang-undang negara, dan amalan terbaik memerlukan asas perlembagaan atau berkanun dan bukannya (contohnya) dekri presiden.
Institusi hak asasi manusia negara juga dirujuk oleh Deklarasi Vienna dan Program Tindakan [7] dan Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya . [8]
Suruhanjaya khas telah ditubuhkan dalam banyak negara untuk memastikan bahawa undang-undang dan peraturan mengenai perlindungan hak asasi manusia bagi negara tersebut, digunakan secara berkesan dan bermanfaat kepada semua orang. Suruhanjaya biasanya terdiri daripada ahli dari pelbagai latar belakang, selalunya dengan minat, kepakaran atau pengalaman tertentu dalam bidang hak asasi manusia.
Suruhanjaya hak asasi manusia mengambil berat terutamanya terhadap perlindungan mereka yang berada dalam bidang kuasa negara menentang diskriminasi atau penganiayaan, dan dengan perlindungan kebebasan sivil dan hak asasi manusia yang lain. Sesetengah suruhanjaya bimbang dengan dakwaan pencabulan mana-mana hak yang diiktiraf dalam perlembagaan dan/atau dalam instrumen hak asasi manusia antarabangsa .
Antara salah satu fungsi paling penting yang dapat diberikan kepada banyak suruhanjaya hak asasi manusia adalah untuk penerimaan dan penyiasat aduan daripada individu (kadangkala dalam golongan kumpulan) yang mendakwa pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan dengan melanggar undang-undang negara sedia ada. Walaupun terdapat banyak perbezaan dalam proses yang diikuti oleh pelbagai suruhanjaya hak asasi manusia dalam penyiasatan dan penyelesaian aduan, kebanyakannya bergantung pada perdamaian atau timbang tara . Ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi suruhanjaya hak asasi manusia diberi kuasa untuk mengenakan sesuatu perkara yang mengikat secara sah kepada mereka yang mengadu. Jikalau terdapat bahawa tiada tribunal khas ditubuhkan, suruhanjaya itu mungkin dibenarkan memindah aduan yang tidak dapat diselesaikan ke mahkamah untuk penentuan muktamad.
NHRI biasanya dapat menangani sebarang isu hak asasi manusia yang melibatkan pihak berkuasa awam secara langsung. Berhubung dengan entiti bukan negara, beberapa institusi hak asasi manusia negara mempunyai sekurang-kurangnya satu daripada fungsi berikut:
Selain itu, mereka boleh mempromosikan dan melindungi tanggungjawab negara dan hak individu dengan:
Proses ataupun penubuhan sebaran dan didkian bagi hak asasi manusia mungkin melibatkan makluman kepada rakyat mengenai fungsi dan tujuan suruhanjaya itu sendiri; menimbulkan perbincangan tentang pelbagai persoalan yang penting dalam bidang hak asasi manusia; penubuhan seminar; mengadakan perkhidmatan kaunseling serta mesyuarat; tambahan lagi menghasilkan dan menyebarkan penerbitan hak asasi manusia. [10] Selain itu, lagi fungsi penting suruhanjaya hak asasi manusia ialah mengkaji secara sistematik dasar hak asasi manusia kerajaan untuk mencari dan mengesan kelemahan dalam pematuhan hak asasi manusia dan mencadangkan cara untuk menambah baikkannya. [10] Perkara ini selalunya melibatkan pembuktian hak asasi manusia bagi draf undang-undang. Tahap pengesyoran atau ketetapan yang dilanjutkan oleh institusi hak asasi manusia boleh dikuatkuasakan secara berbeza-beza berdasarkan iklim hak asasi manusia di sekeliling institusi yang dinyatakan.
Suruhanjaya hak asasi manusia juga memantau pematuhan negara terhadap undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan sendiri dan jika perlu, mengesyorkan perubahan. Kesedaran hak asasi manusia tidak boleh dicapai semata-mata melalui perundangan dan pengaturan pentadbiran; oleh itu, suruhanjaya sering diamanahkan dengan tanggungjawab penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang hak asasi manusia.
Menurut Prinsip Paris, institusi hak asasi manusia negara diwajibkan untuk membuat "penyediaan laporan mengenai situasi negara berkenaan hak asasi manusia secara umum, dan mengenai perkara yang lebih khusus"; dan ini kebanyakannya dilakukan dalam laporan status tahunan. [11]
Majlis Antarabangsa mengenai Dasar Hak Asasi Manusia melaporkan bahawa NHRI ditubuhkan melalui tiga cara utama: Untuk negara yang mengalami konflik (biasanya dalaman seperti Afrika Selatan, Ireland atau Sepanyol), atau untuk bertindak balas terhadap dakwaan pelanggaran hak asasi manusia yang melampau. [12] NHRI juga boleh ditubuhkan sebagai keselamatan institusi visual, sebagai badan yang dilihat menangani isu-isu lazim (seperti yang dilihat di Mexico dan Nigeria), atau akhirnya untuk menyokong dan menyatukan perlindungan hak asasi manusia yang lain (seperti di Australia dan New Zealand ). Kerajaan negara ingin menubuhkan institusi yang menyokong pendapat dan identiti budaya mereka sendiri dengan lebih berkesan. Dalam hal ini mereka membolehkan negeri menetapkan agenda mereka sendiri yang menyokong keperibadian mereka. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan resolusi pada tahun 1992 yang mengesyorkan promosi institusi sedemikian oleh kerajaan yang belum mempunyainya, dan juga menggalakkan pembangunan institusi yang terdapatnya. [12] Pada akhir Abad ke-20, Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengambil alih tugas yang memerlukan penglibatan antarabangsa. Perjanjian hak asasi manusia serantau juga menggalakkan pembangunan dan penubuhan institusi hak asasi manusia ini kerana bantuan teknikal disediakan melalui pengaturan antarabangsa (seperti Forum Asia-Pasifik Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan). [12]
Terdapat NHRI di beberapa negara anggota yang bekerja di peringkat antarabangsa dan juga di peringkat serantau (contohnya, di Kesatuan Eropah). [13] Institusi-institusi tersebut mungkin berfungsi sebagai prosedur pencegahan bagi kumpulan yang tidak berdiskrimasi golongan minoriti atau jenayah di peringkat antarabangsa (seperti penyeksaan). [13] Kuasa dan kepakaran yang lazim dimiliki oleh NHRI memberikan mereka keupayaan untuk menggalakkan layanan yang seimbang. Akhirnya ia adalah sesuatu yang amat berguna dalam membantu negara mematuhi piawaian hak antarabangsa dengan menyediakan perspektif objektif yang unik dan menangani serta menyelesaikan isu di peringkat domestik. [13]
NHRI digabungkan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. NHRI melindungi dan menyediakan penyelesaian yang komprehensif dan lebih meluas. Walaupun begitu, terdapat beberapa negeri yang menolak persepsi melaksanakan sekatan ini, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dapat mencapai perjalan tersebut, iaitu pemantauan meluas dan analitikal negara. Dengan keinginan untuk menjadi NHRI yang sah dan berwibawa, NHRI tersebut mestilah bebas dan berkesan. [14] Antara salah satu alat paling berkesan yang dimiliki oleh NHRI ialah peranan unik mereka yang antara tanggungjawab kerajaan dan hak masyarakat sivil serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Ruang ini membolehkan NHRI peranan tersendiri secara positif, maka bertindak sebagai perkhidmatan perlindungan yang berbeza untuk rakyat dan alat unik yang tersedia untuk memastikan negeri dan badan lain bertanggungjawab terhadap pelanggaran hak asasi manusia. [14] Walau bagaimanapun, menjadi bebas daripada kerajaan dan NGO memberikan kesukaran yang lebih besar apabila pembiayaan, dan hubungan kerja diambil kira. [14] Kebanyakan negara menerima pembiayaan kerajaan, dan juga dicipta dan dilantik oleh badan kerajaan. [14] Ini mewujudkan kewajipan yang selari dan mencemarkan idea autonomi institusi dan meningkatkan keseksaan untuk meneruskan agenda individu mereka.
Prinsip Paris telah dibuubarkan dalam persidangan pada tahun 1991 yang diadakan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. [13] Walaupun keutamaan dan struktur mereka bagi setiap negara berbeza, prinsip tersebut mempunyai ciri-ciri teras yang berlainan. [15] Bahagian A.3 Prinsip Paris yang diterima guna pada bulan Mac tahun 1993 oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan bahawa tanggungjawab NHRI adalah untuk meratifikasi perjanjian hak asasi manusia dan bertindak kerjasama dengan mekanisme ataupun prosedur dalam hak asasi manusia. Cadangan bengkel menyediakan asas untuk menilai keberkesanan dan kebebasan NHRI, mengenal pasti enam kriteria utama bagi negeri yang ingin menubuhkan institusi tersebut atau menjadi berkesan:
NHRI yang sepenuhnya mematuhi kriteria-kriteria asas ini dan telah menunjukkan kebebasan mereka diberi "status A", manakala NHRI yang hanya memenuhi sebahagian daripada kriteria ternyata menerima "status B". Mereka yang diiktirafkan "status A" dibolehkan untuk mengambil bahagian dalam perbincangan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan mekanisme ataupun prosedurnya. Jawatankuasa Kecil Akreditasi menentukan "status" bagi setiap NHRI yang boleh dirayu kepada Pengerusi GANHRI dalam tempoh 28 hari. [17] NHRI "status C" dilabelkan sedemikian atas sebab pendapat tidak menyokong atau mematuhi Prinsip Paris, tetapi mungkin masih mengambil bahagian dalam perhimpunan hanya sebagai pemerhati. [13] Jawatankuasa tersebut menyemak keputusan ini setiap lima tahun, membenarkan pelbagai peluang dan opurtuniti berbeza kepada institusi agar menunjukkan kebebasan dan pematuhan lebih lanjut dengan Prinsip Paris. Bermotif bagi menjadi lebih telus, cergas dan teliti dalam penilaiannya, jawatankuasa akan memberikan nasihat tentang cara terbaik untuk memperoleh "status A" dan mematuhi Prinsip Paris.
Perikatan Global Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (GANHRI), yang pada permulaannya lebih dikenali sebagai Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa Institusi Kebangsaan bagi Penggalakan dan Perlindungan Hak Asasi Manusia (ICC), merupakan sesuatu badan perwakilan institusi seluruh dunia. Matlamat pertama mereka adalah untuk membangunkan dan mewujudkan NHRI yang berkesan dan bebas pada peringkat dunia. [18] Institusi ini memenuhi keperluan "status A" (ahli mengundi) Prinsip Paris dan menggalakkan kerjasama antara institusi. [18] Selain menganjurkan persidangan antarabangsa untuk NHRI, penubuhan tersebut juga akan membantu institusi yang memerlukan bantuan dan kadangkala akan membantu kerajaan untuk mewujudkan NHRI atas permintaannya. [18]
NHRI boleh menangani isu-isu yang termasuk penyeksaan, diskriminasi, penglibatan alam sekitar, hak pekerjaan dan sebagainya. [14] Menambah pula kepada suruhanjaya hak asasi manusia, institusi tersebut dibenarkan untuk dibentuk atau digubal sebagai ombudsman atau ombudsman hak asasi manusia kacukan. [14] Institut Ombudsman Antarabangsa menyediakan sokongan untuk institusi ombudsman kebangsaan untuk hak asasi manusia yang sama melindungi dan menyebarkan kepentingan hak asasi manusia. Mereka lebih mementingkan proses pentadbiran negeri dan menerima dan membuat aduan berkenaan dengan sebarang pelanggaran atau kebimbangan hak asasi manusia yang sistematik. [19]
Jawatankuasa Penyelaras antarabangsa NHRI ditubuhkan pada tahun 1993 dengan Biro yang dianggotai oleh seorang wakil dari negara Amerika Syarikat, Asia Pasifik, benua Afrika dan benua Eropah. [20] Jawatankuasa Penyelaras menganjurkan mesyuarat setiap tahun dan persidangan dwitahunan yang memberi kemudahan dan sokongan bagi penglibatan NHRI dalam sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. [20] Dalam perhimpunan ini, NHRI berkongsi kepakarannya mengenai perkara tertentu dan melibatkan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR), yang bertindak sebagai Sekretariat Jawatankuasa Penyelaras. Dengan tujuan memudahkan dialog NHRI dengan rakyat sivil, Jawatankuasa Penyelaras juga mengadakan forum NGO. Jawatankuasa Penyelaras juga mungkin diminta oleh kerajaan untuk membantu dalam membuat NHRI baharu atau membangunkan NHRI yang sedia ada. [20] Namanya ditukar kepada GANHRI pada 2016 .
Bukan semua maklumat yang dirujuk adalah daripada GANHRI
<ref>
tidak sah, nama ":4" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
<ref>
tidak sah, nama ":2" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
<ref>
tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
6Bibliografi sumber NHRI yang dikemas kini secara berkala (halaman web, penerbitan, penyelidikan) tersedia di Forum Asia-Pasifik halaman web NHRI LINK
Templat:Human rightsTemplat:International human rights organizations