Ip Man: The Final Fight | |
---|---|
Pengarah | Herman Yau |
Lakon layar | Erica Li |
Cerita oleh | Checkley Sin |
Dihasilkan oleh | Checkley Sin Albert Lee Cherry Law Catherine Hun |
Dibintangi | Anthony Wong Anita Yuen Jordan Chan Eric Tsang Gillian Chung |
Sinematografi | Joe Chan |
Disunting oleh | Azrael Chung |
Muzik oleh | Mak Chun-hung |
Syarikat penerbitan | Emperor Motion Pictures Pegasus Taihe Entertainment |
Diedarkan oleh | Lark Films Distribution |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 102 Minit |
Negara | Hong Kong |
Bahasa | Kantonis |
Pecah panggung | HK$8,494,894 |
Ip Man: The Final Fight ialah sebuah filem biografi seni mempertahankan diri arahan Herman Yau. Dibintangi oleh Anthony Wong, Anita Yuen, Jordan Chan, Eric Tsang dan Gillian Chung. Filem ini merupakan kisah tentang kehidupan Wing Chun grandmaster Ip Man. Filem ini bukan lanjutan untuk filem-filem terawal Ip Man, seperti Wilson Yip Ip Man dan Ip Man 2 dan Wong Kar-wei The Grandmaster.
Pada tahun 1949, Ip Man telah pergi ke Hong Kong sendirian dan mengajarkan seni bela diri Wing Chun di sana. Dia berjumpa dan menerima beberapa murid baru di Hong Kong. Tidak lama kemudian isterinya Cheung Wing-sing datang ke Hong Kong untuk menemani Ip Man. Baru saja datang ke Hong Kong isterinya sudah kembali lagi ke Foshan disebabkan hidup di Hong Kong sangat susah. Namun sayang, tidak lama kembali ke Foshan isteri Ip Man sudah meninggal dunia. Anak mereka Ip Chun meninggalkan Foshan untuk berjumpa kembali dengan ayahnya di Hong Kong.