Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama lahir | Isa bin Abu Bakar | ||
Tarikh lahir | 25 Disember 1952 | ||
Tempat lahir | Pulau Pinang | ||
Tarikh kematian | 28 Ogos 2010 | (umur 57)||
Tempat kematian | Hospital Pulau Pinang |
Isa Bakar (25 Disember 1952 – 28 Ogos 2010) ialah seorang penyerang yang dilahirkan di negeri Pulau Pinang yang kerap bergandingan bersama Mokhtar Dahari dalam pasukan kebangsaan Malaysia.[1][2] Beliau bermain untuk Pulau Pinang FA dalam pertandingan domestik Malaysia.[3]
Isa pertama kali bermain untuk Pulau Pinang FA pada tahun 1970.[4] Kemudian, beliau terus bermain dalam Liga Pulau Pinang, setelah mewakili pasukan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC FC) dalam pertandingan bola sepak Piala FAM pada 1981 dan 1983.[5] Isa juga mewakili pasukan kebangsaan Malaysia apabila mereka menduduki tempat ketiga dalam Sukan Asia 1974 di Iran apabila beliau menjaringkan dua gol menentang satu-satunya Pasukan Asia yang berada di Piala Dunia FIFA 1966, Korea Utara untuk menang 2-1.[6][7] Pada tahun yang sama, beliau adalah sebahagian daripada pasukan Pulau Pinang yang memenangi Piala Malaysia.[8] Selain itu, pada 1976, beliau turut membantu Pulau Pinang memenangi kejohanan antarabangsa Piala Emas Aga Khan yang diadakan di Dhaka.[9] Beliau seorang penyerang yang prolifik dan membentuk kombinasi maut dengan Mokhtar Dahari apabila kedua-duanya menjaringkan 16 gol untuk pasukan kebangsaan pada 1976.[10] Secara keseluruhan, Isa mempunyai 69 kaps penampilan dengan 45 gol antarabangsa untuk Malaysia.[11]
Pada 11 Mei 1975, Isa juga merupakan sebahagian daripada Pilihan Malaysia yang menentang Arsenal FC dalam perlawanan persahabatan yang dimana pasukannya menang 2-0 di Stadium Merdeka.[12][13] Kemudian, Beliau menjaringkan 1 gol yang berkesudahan dengan keputusan seri 1–1 menentang Arsenal dalam perlawanan kedua di laman sendiri di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.[14][15]
Beliau meninggal 28 Ogos 2010 di Hospital Pulau Pinang sekitar 10.15am Sabtu pada usia 57 tahun.[16]
Beliau dimasukkan ke hospital selepas batuk berdarah, dan meninggalkan isteri , Mazlina Ismail, tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki. Dia dikebumikan di perkuburan Jalan Perak.[16]
Isa dan abangnya Ali Bakar pernah mewakili pasukan bola sepak negara, sementara saudara mereka Omar mewakili negeri Pulau Pinang.[16]
Pulau Pinang
PPC
Malaysia