Jalan Bourbon (Bahasa Perancis: Rue Bourbon) merupakan jalan bersejarah di tengah kawasan French Quarter di New Orleans. Dengan jalan raya sepanjang 1 km dari Jalan Canal ke Janal Esplanade, Jalan Bourbon terkenal dengan banyak bar dan kelab malam yang berada di sana. Dengan 17.74 juta pengunjung pada tahun 2017 sahaja, New Orleans bergantung pada Jalan Bourbon sebagai tarikan pelancong utama.[1]. Bilangan pelancong beransur meningkat setiap tahun selepas kemusnahan yang disebabkan oleh Taufan Katrina pada tahun 2005, dan bandar ini berjaya mendapat semula perhatian pelancong. Bagi berjuta pengunjung setiap tahun, Jalan Bourbon memberi pandangan lengkap sejarah New Orleans.