Laluan Persekutuan 37 | |
---|---|
Jalan Pintasan Rawang جالن ڤينتسن راوڠ | |
Maklumat laluan | |
Panjang | 9.0 km (5.6 mi) |
Wujud | 2005–kini |
Sejarah | Siap pada tahun 2017[1] |
Simpang utama | |
Hujung utara | Persimpangan Serendah Selatan |
LP 1 Jalan Persekutuan 1 LP 1 Lebuhraya Rawang | |
Hujung selatan | Persimpangan Taman Rimba Templer |
Lokasi | |
Destinasi utama | Kuala Kubu Bharu Rasa Batang Kali Antara Gapi Serendah Bukit Beruntung Bukit Sentosa Bandar Baru Selayang Selayang Batu Caves |
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Pintasan Rawang (bahasa Inggeris: Rawang Bypass ), Jalan Persekutuan 37 juga dikenali sebagai Lebuhraya Rawang–Serendah, merupakan sebatang lebuh raya pintasan berkembar biayaan persekutuan di Rawang, Selangor, Malaysia. Lebuh raya sepanjang 9 km ini dibuka kepada lalu lintas pada 28 November 2017 jam 9.00 pm. Pembinaan Jalan Pintasan Rawang berharga RM628 juta bermula pada 16 Julai 2005 dan siap pada 21 November 2017. Ia menampilkan sebatang jejambat sepanjang 2.7-km dengan tiang tertingginya berukuran 58.2 meter.[2][3]
Jalan Pintasan Rawang FT37 dibina bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Persekutuan 1 di pusat bandar Rawang. Adalah dilaporkan bahawa masa perjalanan dari Serendah ke Selayang melalui via the Jalan Kuala Lumpur–Ipoh FT1 boleh memakan masa sehingga 2 jam susulan masalah kesesakan serius di pusat bandar Rawang.[1] Jalan Pintasan Rawang FT37 membantu mengurangkan masa perjalanan kepada hanya 30 minit.[2][1]
Jalan Pintasan Rawang FT37 merupakan lebuh raya kembar sepanjang 9 km dari Taman Rimba Templer ke Serendah. Ia berterusan dari Lebuhraya Rawang FT1, di mana jalan FT1 dilencongkan keluar ke Rawang, sebelum menaiki bukit melalui jejambat sepanjang 2.7 km dengan kecerunan 5.8%.[4] Jejambat Jalan Pintasan Rawang mempunyai tiang tertingginya yang berukuran 58.2 m, menjadikan jejambat tersebut sebagai jejambat jalan raya kedua tertinggi di Malaysia.[2] Baki jajaran 6.3 km pula dibina di aras tanah. Jalan Pintasan Rawang FT37 tamat di Jalan Kuala Lumpur–Ipoh FT1 dekat Serendah melalui sebuah persimpangan trompet.[4]
Sepanjang lebuh raya FT37, hanya ada dua persimpangan yang wujud, dengan lebih kurang tiga persilangan LILO tunas dan sebuah pusingan U lorong laju ke lorong laju berhampiran penamat utaranya untuk lalu lintas arah selatan.[4]
Projek Jalan Pintasan Rawang FT37 merupakan penghidupan semula projek Lebuhraya Kuala Lumpur Arah Serendah (KLAS), juga dikenali sebagai Lebuhraya Kuala Lumpur–Rawang, yang dibatalkan susulan kesan Krisis Kewangan Asia 1997.[4] Projek tersebut sepatutnya dibina sebagai projek lebuh raya capaian terkawal yang dibina di sepanjang koridor Jalan Persekutuan 1, dengan LeKLAS Sdn. Bhd. dilantik sebagai syarikan konsesi dan pembina.[5]
Projek tersebut dihidupkan semula oleh kerajaan persekutuan pada tahun 2005 sebagai projek Jalan Pintasan Rawang berikutan masalah kesesakan lalu lintas yang teruk di Rawang.[1] Namun demikian, projek Jalan Pintasan Rawang dibina bukan sebagai lebuh raya tol capaian terkawal, tetapi sebagai lebuh raya kembar capaian terhad. Kontrak bagi kerja pembinaan lebuh raya berharga RM628 juta tersebut dianugerahkan kepada Syarikat Panzana Enterprise Sdn. Bhd.[4] Pembinaan Jalan Pintasan Rawang FT37 dimulakan pada 16 Julai 2005.[1]
Pembinaan projek Jalan Pintasan Rawang dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat pertama ialah kerja naik taraf Jalan Kuala Lumpur–Ipoh FT1 dua lorong sedia ada sepanjang 12.5 km dari Bandar Baru Selayang ke Taman Rimba Templer kepada lebuh raya kembar yang dikenali sebagai Lebuhraya Rawang FT1, siap pada tahun 2007.[4] Peringkat kedua ialah membina sebatang jalan pintasan serba baharu yang melencongkan lalu lintas terus daripada pusat bandar Rawang.
Pembinaan peringkat kedua ini mengambil masa yang lebih lama berikutan kebimbangan akan kesan alam sekitar oleh projek tersebut. Asalnya, laluan yang dirancang lebih panjang, dibina pada aras tanah sepenuhnya dan mungkin melalui Taman Warisan Negeri Selangor dan Taman Rimba Templer.[4] Susulan protes daripada pencinta alam sekitar serta tekanan daripada penduduk tempatan yang mahu projek tersebut diteruskan walaupun berdepan dengan isu alam sekitar, laluan jalan tersebut dialihkan dan direkabentuk semula, dan sebatang jejambat sepanjang 2.7 km dibina di sepanjang sempadan Taman Warisan Negeri Selangor untuk mengurangkan kesan yang dibawa oleh projek tersebut terhadap alam sekitar.[6] Melalui pendekatan pembinaan jejambat, kawasan hutan yang terjejas dikurangkan daripada 65 hektar kepada hanya 24 hektar.[1] Jalan Pintasan Rawang FT37 siap pada 21 November 2017, selepas 12 tahun pembinaannya.[2]
Berikutan masa pembinaannya yang sangat panjang, muncul satu berita palsu yang mendakwa kononnya majlis pembukaan Jalan Pintasan Rawang FT37 diadakan pada 15 November 2017 menjadi tular di media sosial pada 13 November 2017, yang mana ia dinafikan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia.[7] Sebaliknya, majlis pembukaan sebenar diadakan pada 28 November 2017.[1][2][4]
km | Keluar | Persimpangan | Ke | Catatan | |
---|---|---|---|---|---|
Persimpangan Serendah Selatan | Utara LP 1 Tanjung Malim LP 1 Kuala Kubu Bharu LP 1 Serendah Selatan LP 1 Rawang LP 3029 Bestari Jaya (Batang Berjuntai) LP 3208 Bukit Beruntung AH2 Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara Ipoh Kuala Lumpur Klang |
Persimpangan trompet | |||
LP 37 Jalan Pintasan Rawang Lebuh raya bermula/tamat
| |||||
Pusingan U | LP 1 Rawang LP 1 Serendah LP 1 Sg. Choh |
Arah selatan sahaja | |||
Jejambat Taman Rimba Templer | Jejambat Taman Rimba Templer bermula | ||||
Jejambat Taman Rimba Templer | |||||
Jejambat Taman Rimba Templer | |||||
Jejambat Taman Rimba Templer | Jejambat Taman Rimba Templer bermula | ||||
LP 37 Jalan Pintasan Rawang Lebuh raya bermula/tamat
| |||||
LP 1 Lebuhraya Rawang
| |||||
Persimpangan Taman Rimba Templer | LP 1 Lebuhraya Rawang Utara (pusingan U (1 km)) LP 1 Rawang Lebuhraya Kuala Lumpur–Kuala Selangor (LATAR) LP 54 Kuala Selangor LP 5 Lumut Lebuhraya Koridor Guthrie Shah Alam Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH141 Klang Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 Ipoh South LP 1 Kuala Lumpur LP 1 Batu Caves LP 1 Selayang |
Dari/ke selatan sahaja |
|url=
(bantuan); |access-date=
requires |url=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)