Jelajah Dunia BWF ialah siri kejohanan badminton Gred 2 yang diluluskan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Ia merupakan sebuah pertandingan terbuka kepada pemain ranking teratas dunia dalam perseorangan (lelaki dan wanita) dan beregu (lelaki, wanita dan campuran).[1] Pertandingan ini diumumkan pada 19 Mac 2017 dan berkuat kuasa mulai 2018, menggantikan Siri Super BWF, yang diadakan dari 2007 hingga 2017.[2]
Jelajah Dunia BWF dibahagikan kepada enam peringkat, iaitu Jelajah Akhir Dunia, Super 1000, Super 750, Super 500, dan Super 300 mengikut urutan (sebahagian daripada Jelajah Dunia HSBC). Satu lagi kategori kejohanan, peringkat Super 100, juga menawarkan mata ranking.[3]
Jadual ini menunjukkan jumlah minimum hadiah wang untuk setiap peringkat kejohanan Jelajah Dunia BWF.[2] Jumlah minimum hadiah wang dikurangkan disebabkan oleh pandemik COVID-19 pada tahun 2021. Semua nilai adalah dalam dolar Amerika Syarikat.
tahun | 2018 | 2019 | 2020 | 2021 | 2022 | 2023 |
---|---|---|---|---|---|---|
Pertandingan Akhir Dunia | 1,500,000 | 2,000,000 | ||||
Super 1000 | 1,000,000 | 1,100,000 | 850,000 | 1,000,000 | 1,250,000 | |
Super 750 | 700,000 | 750,000 | 600,000 | 700,000 | 850,000 | |
Super 500 | 350,000 | 400,000 | 320,000 | 350,000 | 420,000 | |
Super 300 | 150,000 | 170,000 | 140,000 | 150,000 | 210,000 | |
Super 100 | 75,000 | 90,000 | 75,000 |
Hadiah wang diagihkan melalui formula berikut:[4]
Pertandingan Akhir Dunia
Pencapaian | Perseorangan lelaki | Perseorangan wanita | Beregu lelaki | Beregu wanita | Beregu campuran |
---|---|---|---|---|---|
Pemenang | 8.00% | 8.00% | 8.40% | 8.40% | 8.40% |
Tempat kedua | 4.00% | 4.00% | 4.00% | 4.00% | 4.00% |
Separuh akhir | 2.00% | 2.00% | 2.00% | 2.00% | 2.00% |
ke-3 dalam Kumpulan | 1.10% | 1.10% | 1.30% | 1.30% | 1.30% |
ke-4 dalam Kumpulan | 0.60% | 0.60% | 0.70% | 0.70% | 0.70% |
Super 1000 dan Super 750
Pencapaian | Perseorangan lelaki | Perseorangan wanita | Beregu lelaki | Beregu wanita | Beregu campuran |
---|---|---|---|---|---|
Pemenang | 7.00% | 7.00% | 7.40% | 7.40% | 7.40% |
Tempat kedua | 3.40% | 3.40% | 3.50% | 3.50% | 3.50% |
Separuh akhir | 1.4% | 1.4% | 1.4% | 1.4% | 1.4% |
Suku akhir | 0.55% | 0.55% | 0.625% | 0.625% | 0.625% |
16 terakhir | 0.3% | 0.3% | 0.325% | 0.325% | 0.325% |
32 terakhir | 0.1% | 0.1% | 0.1% | 0.1% | 0.1% |
Super 500, Super 300 dan Super 100
Pencapaian | Perseorangan lelaki | Perseorangan wanita | Beregu lelaki | Beregu wanita | Beregu campuran |
---|---|---|---|---|---|
Pemenang | 7.5% | 7.5% | 7.9% | 7.9% | 7.9% |
Tempat kedua | 3.8% | 3.8% | 3.8% | 3.8% | 3.8% |
Separuh akhir | 1.45% | 1.45% | 1.40% | 1.40% | 1.40% |
Suku akhir | 0.6% | 0.6% | 0.725% | 0.725% | 0.725% |
16 terakhir | 0.35% | 0.35% | 0.375% | 0.375% | 0.375% |
Tahap | Penyertaan ditutup[5] | Bilangan pemain/pasangan[1] | Pusingan kelayakan |
---|---|---|---|
Super 1000 | 42 hari sebelum tarikh kejohanan | Semua disiplin: 32 (32 utama) | Tidak |
Super 750 | |||
Super 500 | Semua disiplin: 32 (28 utama + 4Q) | Ya (jika ada) | |
Super 300 | 35 hari sebelum tarikh kejohanan | ||
Super 100 | Perseorangan Lelaki (PL): 48 (40 utama + 8Q) Selain PL: 32 (28 utama + 4Q) |
Setiap kejohanan akan diadakan dalam enam hari, dengan pusingan utama dalam lima hari.[1]
Tahap | Pemisahan kewarganegaraan[1] |
---|---|
Tahap 2 | Pemain dari negara yang sama tidak dipisahkan dalam undian utama |
Tahap 3 | |
Tahap 4 | |
Tahap 5 |
15 pemain perseorangan terbaik dan 10 pasangan beregu terbaik dalam Kedudukan Dunia akan dikehendaki bermain dalam kesemua 4 Super 1000, kesemua 6 Super 750 dan 2 daripada 8 kejohanan Super 500 yang berlaku dalam tahun kalendar penuh, menjadikannya keseluruhan 12 kejohanan wajib. Denda sebanyak AS$5000 setiap acara akan dikenakan ke atas pemain/pasangan yang gagal bermain. Pengecualian daripada penalti akan dipertimbangkan oleh BWF apabila menerima sijil perubatan yang sah atau bukti kukuh yang membuktikan pemain tidak layak untuk mengambil bahagian. Walau bagaimanapun, perihal digantung atau bersara tidak tertakluk kepada peraturan ini.[6][7]
Peraturan semasa menyatakan bahawa sekurang-kurangnya enam pengadil mestilah daripada persatuan ahli selain persatuan ahli tuan rumah, sekurang-kurangnya empat BWF dan dua pengadil bertauliah benua dengan kewarganegaraan yang tersebar luas. Semua pengadil dan hakim perkhidmatan hendaklah memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan bagi panel Pegawai Teknikal yang dianggotai mereka.[1]
Setiap empat tahun, Majlis BWF akan menyemak negara-negara yang menganjurkan kejohanan Jelajah Dunia BWF.
Jelajah Dunia terdiri daripada Pertandingan Akhir Jelajah Dunia BWF, empat kejohanan Super 1000, enam Super 750, tujuh Super 500, dan sebelas kejohanan Super 300 dalam satu musim.[1] Kejohanan BWF Tour Super 100 masih dikira untuk memperoleh mata ke BWF World Tour Finals. Kejohanan Super 100 dipilih pada setiap tahun, 11 kejohanan dipilih pada 2018. Untuk 2019 dan seterusnya, Terbuka Scotland telah diturunkan ke Cabaran Antarabangsa. Untuk 2021, Terbuka Belanda telah diturunkan ke Cabaran Antarabangsa.
Pada penghujung Jelajah Dunia BWF, lapan pemain/pasangan teratas dalam kedudukan Jelajah Dunia BWF bagi setiap disiplin, dengan maksimum dua pemain/pasangan daripada persatuan ahli yang sama, dikehendaki bermain dalam kejohanan akhir yang dikenali sebagai Pertandingan Akhir Dunia BWF.[1] Ia menawarkan jumlah hadiah wang minimum sebanyak AS$1,500,000.[2]
Jika dua atau lebih pemain seri dalam ranking, pemilihan pemain akan berdasarkan kriteria berikut:[1]
Jadual di bawah ialah persembahan Jelajah Dunia berdasarkan negara. Hanya negara yang telah memenangi gelaran disenaraikan.
Akhir, Super 1000, Super 750, Super 500 dan Super 300[sunting | sunting sumber]
|
Super 100[sunting | sunting sumber]
|