Yi Kwang | |
---|---|
Jeongye Daewongun | |
Keputeraan | 21 Mac 1785 |
Kemangkatan | 2 November 1841 | (umur 56)
Anakanda | Cheoljong dari Joseon |
Ayahanda | Putera Euneon |
Bonda | Puan Besar Lee dari Jeonsan |
Jeongye Daewongun (hangul: 전계 대원군, hanja: 全 溪 大院君, 21 Mac 1785 - 2 November 1841) atau Putera Dalaman Jeongye ialah anggota keluarga diraja dinasti Joseon Korea. Beliau ialah ayahanda kandung Raja Cheoljong dari Joseon, pada masa yang sama juga Raja Cheoljong ialah anak luar nikah ketiga beliau, dan beliau juga merupakan anak haram ayahnya. Nama sebenarnya ialah Yi Kwang (hangul: 이광, hanja: 李 㼅), nama Cinanya ialah Changgang (hangul: 창강, hanja: 昌 康), dan sebelum itu, nama sebenar beliau ialah Kwae-deuk (hangul: 쾌득, hanja: 快 得), Hae-dong (hangul: 해동, hanja: 海東).[1]
Pada 21 Mac 1785, beliau dilahirkan di Ganghwa-do. Nama kelahirannya ialah Kwae-deuk; kemudian ia berubah daripada Kwae-deuk menjadi Haedong; setelah beberapa tahun namanya ditukar lagi daripada Haedong menjadi Gwang.
Beliau ialah anak lelaki Putera Euneon yang tidak sah dengan selirnya Puan Besar Lee dari Jeonsan. Ayahnya pula, Putera Euneon, ialah anak luar nikah Putera Mahkota Sado; dan Sado sendiri ialah anak haram Raja Yeongjo ke-21 dari Joseon. Ini menjadikan Jeongye mempunyai keturunan tiri dengan Raja Jeongjo ke-22 dari Joseon; tetapi sepanjang hidupnya, beliau tidak mendapat layanan sebagai anggota keluarga diraja.
Dia adalah salah satu daripada beberapa anak lelaki Putera Euneon yang tidak sah, dan yang kedua dari dua anak lelaki ibunya Puan Besar Lee dari Jeonsan. Anak lelaki pertama Puan Besar Lee dari Jeonsan pula telah meninggal dunia awal.
Pada tahun 1801, ayahnya Putera Euneon dihukum bunuh sebagai tahanan kerana bersubahat dengan isterinya Puan Besar Song dari Sangsan dan menantunya Puan Besar Sin dari Sanggye (isteri Putera Sanggye). Puan Besar Song dari Sangsan dan Puan Besar Sin dari Sanggye telah dibaptis ke dalam gereja Katolik Rom. Agama negara dinasti Joseon ialah Neo-Konfusianisme, jadi Puan Besar Song dari Sangsan dan Puan Besar Sin dari Sanggye telah dihukum bunuh dan ayahnya Putera Euneon yang dituduh bersubahat dan juga dihukum mati.
Pada tahun 1801, putera kepada Putera Euneon dan beberapa putera luar nikah Putera Euneon dibuang ke Ganghwa-do, atas tuduhan persubahatan murtad, dan hidup sebagai petani miskin. Kali ini, abangnya yang kedua mengalami demam yang teruk dan tidak ada yang menolong nya kecuali dirinya.[2]
Pada tahun 1822, beliau telah dilepaskan dari penjara atas permintaan khas Raja Sunjo.[2]
Kemudian, beliau menetap ke Gyeonghaeng-dong di Hanseong. Pada 2 November 1841, beliau meninggal di rumahnya di Hanseong pada usia 56 tahun; punca kematian tidak diketahui.
Pada bulan Ogos 1841, Min Jin-yong, Lee Won-deok melakukan rampasan kuasa dan cuba memahkotakan Yi Won-gyeong, sebagai waris sah Jeongye Daewongun. Yi Won-gyeong ialah sepupu kedua Raja Heonjong dari Joseon dan cucu cicit Raja Yeongjo ke-21 dari Joseon, tetapi komplot kudeta itu berjaya dikesan dan mereka ditangkap lalu dikenakan hukuman mati. Jadi anak pertamanya Yi Won-gyeong dihukum bunuh. Satu-satunya anaknya yang masih hidup ialah dua anak lelaki yang tidak sah, Yi Kyung-eung dan Yi Won-beom, yang dibuang ke Ganghwa-do.
Pada tahun 1849, anak lelakinya yang ketiga, Won-beom menjadi Raja dinasti Joseon. Gelaran Daewongun diberikan selepas kematian Putera Jeongye, dengan nama penuhnya Jeongye Daewongun. Raja Cheoljong dilahirkan dari gundik Puan Besar Yeom dari Yongsung.
Penguburan dan kubur pertamanya adalah di Jingwan, Eunpyeong-gu di Seoul, 30° darjah barat laut dari kubur ayahnya Putera Euneon. Kemudian kuburnya dipindahkan ke Yeoju. Selepas Ogos 1851, kuburnya dipindahkan lagi ke Seondan-ri, Pocheon-eup di daerah Pocheon, berhampiran Gunung Wangbang.