Tarikh | 27 Mac – 13 April |
---|---|
Lokasi | Sabah, Malaysia |
Penyebab | Pembakaran sengaja |
Harta benda rosak | RM 100 milion[1]
|
Siri Jerebu Asia Tenggara |
---|
1990-an 2000-an 2010-an |
Api sejak pertengahan bulan Mac telah menyebabkan sebahagian daripada Sabah, terutamanya di Bahagian Pantai Barat dilandai jerebu.[2]
Api menjadi lebih teruk disebabkan oleh kesan peristiwa El Niño dari tahun 2014 sehingga 2016.[3] Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pembakaran terbuka oleh petani adalah punca utama kebakaran dan jerebu.[4][5] Sementara itu, Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Shaid Othman berkata, kebakaran adalah disebabkan oleh pemburu tamak yang mahu mencari rusa dengan mudahnya.[6] SFD telah mengesahkan bahawa pembakar api sengaja menjadi dalang dalam kebakaran hutan yang membakar Rizab Trusmadi dan Hutan Binsuluk yang telah melandai Pantai Barat Sabah dengan jerebu.[7] Walau bagaimanapun, Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) menolak dakwaan Pegawai Daerah Beaufort sebagai kawasan dengan kemunculan haiwan yang kurang.[8] Manakala Menteri Pelancongan Sabah, Masidi Manjun turut menyalahkan pemburu tamak dan juga sesetengah perokok yang tidak bertanggungjawab yang suka melemparkan rokok mereka di mana sahaja sebagai punca.[9]
Kebakaran hutan telah menyebabkan penutupan 77 sekolah di Bahagian Pantai Barat dengan kesan kepada kesihatan dengan peningkatan penyakit berkaitan pernafasan.[2][10][11][12][13] Di samping itu, 3,000 hektar Hutan Simpan Binsuluk dan hampir 10,000 hektar tanah beri hakmilik telah musnah di lapan daerah termasuk Keningau, Beaufort dan Sook menjadi tempat yang paling terjejas. Manakala kebakaran di Hutan Simpan Trusmadi memusnahkan kira-kira 660 hektar.[9]
Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman telah mengarahkan mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan untuk sentiasa berhati-hati dengan mana-mana keadaan kecemasan semasa mengingatkan orang ramai untuk berhenti daripada melakukan sebarang pembakaran terbuka yang akan memburukkan keadaan dan mengehadkan aktiviti luar mereka semasa jerebu.[14] Anggota bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia cawangan Sabah, Sarawak dan Labuan dan telah diarahkan untuk memadamkan api.[15][16] Setelah melihat keadaan itu, anggota bomba mengambil keputusan untuk memadam kebakaran menggunakan pesawat selain memadam di tanah dengan api menggunakan sumber air berdekatan.[17] Jerebu juga membuat kerajaan negeri Sabah menggesa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk pembenihan awan setelah kualiti udara terus bertambah buruk.[18][19] Menjawab permintaan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memulakan operasi pembenihan awan pada 7 April menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang telah berlepas dari Pangkalan Labuan.[20] Pada 9 April, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Madius Tangau berkata lebih banyak hujan akan dijangka berlaku di Sabah dan mana-mana pembenihan awan selanjutnya tidak diperlukan setelah operasi pembenihan awan sebelum ini telah dijalankan dengan menggunakan pesawat TUDM tetapi hanya hujan untuk 30 minit.[21][22]
Semua sekolah dibuka semula pada 6 April. Api telah pulih sepenuhnya pada 3 April dengan anggota bomba mengambil masa lapan hari untuk memadamkan api,[23] manakala jerebu tidak melandai sepenuhnya pada 13 April.[9] Selepas kebakaran hutan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Madius Tangau telah membentangkan penyelesaian beliau mengenai isu-isu untuk mengelakkan ia daripada berulang pada masa akan datang kerana "mencegah adalah lebih baik daripada mengubati".[13] Sebagai penghargaan kepada semua anggota bomba terlibat dalam operasi itu, syarikat media swasta Malaysia utama, Media Prima telah menyampaikan bantuan sejumlah RM 26,000.[24]
|deadurl=
ignored (bantuan)