Jesadaporn Pholdee | |
---|---|
Kelahiran | Jesadaporn Pholdee 5 Jun 1977 |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara TV, peragawan, penyampai |
Pasangan | Sittamon Pholdee |
Anak-anak | 2 |
Laman web rasmi | http://www.navigatortiktun.com |
Jesadaporn Pholdee (Bahasa Thai: เจษฎาภรณ์ ผลดี ; RTGS: Chetsadaphon Phondi; dilahirkan pada 5 Jun 1977 di Bangkok, Thailand) atau nama timangan Tik (Bahasa Thai: ติ๊ก ) ialah pelakon, peragawan dan penyampai Thailand.
Jesadaporn adalah lulusan University of the Thai Chamber of Commerce di Bangkok dengan memegang ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan.
Dia mempunyai dua orang adik lelaki, Tun dan Tong.
Kariernya bermula sebagai peragawan untuk iklan-iklan TV. Watak filem pertamanya, yang dibintanginya dalam Dang Bireley's and Young Gangsters pada tahun 1997 menyumbang pada meluasnya popularitinya, dan menyebabkannya memenangi Anugerah Hiburan Blokbuster Thailand 1997. Setelah itu, dia tampil dalam sejumlah filem dan lakorn, seperti The Iron Ladies pada tahun 2000 atau Kaew Tah Pee pada tahun 2006. Dia juga membintangi filem seram Asia, The Eye 2.
Dia telah diundi sebagai "Lelaki paling Seksi di Thailand" pada tahun 2003 oleh Internet Durex Global Sex Survey 2003. Dia mendapat undi sebanyak 39% daripada wanita Thailand yang disoal selidik.
Tik baru-baru ini kembali ke TV dalam sitkom berjudul "Love Rhythm". Pada mulanya, gaya rambutnya yang panjang dan serabai bagi watak itu menimbulkan bantahan keras daripada para peminat yang mengharapkan untuk melihatnya dalam imej putera yang kacak yang ditonjolkan dengan jayanya olehnya dalam lakorn 2006 "Kaew Tah Pee". Tik sendiri mengakui bahawa dia tidak berasa seronok jika orang ramai memuji rupa parasnya tetapi lebih kepada mengagumi bakat lakonannya. Sitkom itu kemudiannya memperbaiki ratingnya sebahagian besar disebabkan oleh kemampuan lakonannya.
Tahun | Judul Thai | Judul Inggeris | Judul | Watak | Jaringan | Catatan | Bersama |
1999 | โซดา กับ ชาเย็น | Soda and Ice Tea | Soda Gub Cha Yen | Pattaya/Pattana | Channel 5 | Watak utama | Kejmanee Pichaironnarongsongkram |
2000 | ปริศนา | Prissana | Tun Chai Pote Preecha | Channel 7 | Watak utama | Sahntaya Rogers | |
2001 | ตะวัน ตัด บูรพา | The Brothers | Tawun Thud Burapah | Burapah | Channel 5 | Watak utama | Pimmada Boriruksuppapon |
Wang Waree | Phadon | Channel 3 | Watak utama | Myria Benedetti | |||
2002 | ตกกระใด หัวใจพลอยโจน | Tok Kra Dai Hua Jai Ploy Jone | Cholchat | Watak utama | Kathaleeya McIntosh | ||
ร้อยเล่ห์ เสน่ห์ร้าย | 100 Trickery's Dangerous Passion | Roy Leh Sanae Rai | Kongpop | Channel 5 | Watak utama | Phiyada Akkraseranee | |
2003 | เลือดขัตติยา | Destiny of a Princess | Luerd Kattiya | Anothai | Watak utama | ||
2004 | นางสาวจริงใจกับนายแสนดี | Nang Sao Jing Jai Kub Nai San Dee | Sang Dee | Channel 7 | Watak utama | Pachrapa Chaichua | |
2005 | ฝันเฟื่อง | Fhun Fueng | Channel 5 | Watak utama | Sopitnapa Chumpani | ||
2006 | Separate Sky, One Sun | Tang Fah Tawan Diew | Huto Heyman Tonnikan | Channel 3 | Watak utama | Janie Tienphosuwan | |
แก้วตาพี่ | You are My Eyes | Kaew Ta Pee | Chisanu "Nu" Naresuan | Watak utama | Khemupsorn Sirisukha | ||
2010 | วนิดา | Wanida | Major Prajak Mahasak (Yai) | Watak utama | Taksaorn Paksukcharern | ||
2013 | รักนี้ชั่วนิรันดร์ | Autumn in My Heart | Autumn in My Heart | พาทิน (วัยเด็ก) | Channel 8 | Watak utama | Sucharat Manaying |
2014 | อย่าลืมฉัน | Forget Me Not | Yah Leum Chan | Khemachad "Khem" | Channel 3 | Watak utama | Ann Thongprasom |
2015 | มาเฟียเลือดมังกร: เสือ | The Dragon Mafia | Mafia Luerd Mungkorn: Suea | Songgrod | Lead Role | - | |
มาเฟียเลือดมังกร: สิงห์ | Mafia Luerd Mungkorn: Singha | Lead Role | Nittha Jirayungyurn | ||||
มาเฟียเลือดมังกร: กระทิง | Mafia Luerd Mungkorn: Krating | Lead Role | - | ||||
มาเฟียเลือดมังกร: แรด | Mafia Luerd Mungkorn: Raed | Lead Role | - | ||||
มาเฟียเลือดมังกร: หงส์ | Mafia Luerd Mungkorn: Hong | Lead Role | - |
Sebuah dokumentari dan program TV bercorak kembara jelajah yang memenangi anugerah dan bersiaran sejak 2005 yang mempromosi pemuliharaan alam semulajadi, ekotourisme dan pengetahuan penduduk asli tempatan di pedalaman Thailand yang hebat.
Picture and filmography in English Diarkibkan 2009-01-21 di Wayback Machine
{{#switch:||Kategori=