Fail:JourneyAmongWarriors.jpg | |||
Umum | |||
---|---|---|---|
Pengarang | Ève Curie | ||
Negara | Amerika Syarikat | ||
Bahasa | Inggeris | ||
Genre | Pelaporan | ||
Penerbitan | |||
Penerbit | Doubleday (AS) Heinemann (UK) | ||
Tarikh penerbitan | 1943 | ||
Jenis media | Cetak (Hardcover) | ||
Halaman | 501 | ||
Kronologi | |||
|
Journey Among Warriors merupakan buku pelaporan perang oleh wartawan Perancis-Amerika dan penulis Ève Curie, mula diterbitkan pada 1943, yang mana pengarang menceritakan pengalamannya sepanjang perjalanan ke Afrika, Timur Dekat, Kesatuan Soviet, China, Burma dan India, di mana beliau mula mengembara dari November 1941 sehingga April 1942.[1]
Pengarang Journey Among Warriors, pemain piano, wartawan dan penulis Perancis Ève Curie (anak perempuan kepada Marie dan Pierre Curie), terbang ke United Kingdom setelah penyerahan Perancis pada Jun 1940, dimana beliau menyertai Perancis Bebas dan Jeneral Charles de Gaulle. Beliau menentang Nazisme terutama sebagai wartawan, menerbitkan artikel dan memberi syarahan. Beliau menghabiskan tahun-tahun peperangan kebanyakannya di Britain dan Amerika Syarikat, menulis artikel untuk New York Herald Tribune.
Pada November 1941, majikannya – Herald Tribune Syndicate dari Bandar Raya New City dan Allied Newspapers Limited dari London – memutuskan untuk menghantar Ève Curie sebagai wartawan ke negara-negara di mana peperangan telah pun dilancarkan. Ève merancang untuk mengunjungi Afrika, Timur Dekat, Kesatuan Soviet, China dan kembali menerusi Singapura, Lautan Pasific dan San Francisco ke Pantai Timur Amerika Syarikat.
Namun, serangan Pearl Harbor oleh Jepun pada 7 Disember 1941 telah menyebabkan beliau mengubah rancangan. Setelah Ève Curie tiba di China, beliau tidak dapat meneruskan perjalanan ke Singapura, yang telah ditawan oleh Jepun, maka beliau berpatah, juga melalui Asia dan Afrika, ke A.S.Beliau telah menulis laporan dari perjalanan beliau kepada akhbar-akhbar yang melantik beliau, dan dari laporan tersebut, buku Journey Among Warriors telah diterbitkan pada 1943.
Journey Among Warriors, diterbitkan pada 1943 (peperangan masih berlaku), telah menerima sambutan yang menggalakan oleh orang ramai dan pengkritik, walaupun ia dikritik kerana terlalu tebal (buku ini mempunyai lebih dari 500 mukasurat). Pada 1944, Journey Among Warriors telah dicalonkan untuk Anugerah Pulitzer bagi Wartawan, namun dimenangi oleh Ernest Taylor Pyle, yang juga merupakan wartawan perang. [2] Selepas perang, buku tersebut tidak dikeluarkan semula.
Rencana ini memerlukan rujukan yang muncul di dalam penerbit pihak ketiga yang boleh dipercayai. Sumber-sumber primer atau sumber-sumber yang dihubungkan dengan perkara ini secara umumnya tidak cukup bagi sebuah rencana Wikipedia. Sila tambah petikan yang lebih sesuai bagi sumber-sumber yang boleh dipercayai. (September 2015) |
|journal=
(bantuan)|journal=
(bantuan)