Juan Bermúdez

Juan de Bermúdez (Sebutan Sepanyol: [beɾˈmuðeθ]; m. 1570) merupakan seorang pengemudi Empayar Sepanyol yang hidup pada abad ke-16. Beliau dikenali atas penerokaan dan penemuan Bermuda di Lautan Atlantik yang tidak pernah ditemui manusia sebelum ini.

Dalam rombongan penjelajahan ke Dunia Baru

[sunting | sunting sumber]

Beliau dpercayai terlibat dalam jelajahan Christopher Columbus dari perlepasan mereka di Palos de la Frontera pada 3 Ogos 1492, di mana mereka mula menemukan Benua Amerika pada 12 Oktober tahun sama atas kapal karavel La Pinta dinakhodakan Martín Alonso Pinzón;[1][2] adiknya Diego Bermúdez turut menganggotai rombongan ini dalam kerakah Santa María berusia 12 tahun.[3]

Pada 23 April 1493, beliau dicatat berlepas dari Cádiz dalam penjelajahan kedua Columbus ke Dunia Baru.[4] Bermúdez dilaporkan mengambil sebahagian bekalan dan alatan petempatan rombongan mereka untuk kegunaan sendiritidak lama selepas kembali ke Sepanyol; hal ini menyebabkan beliau berhutang dengan Columbus.[5]

Penemuan Bermuda

[sunting | sunting sumber]

Pada 1505, Bermúdez dalam perjalanan kembali ke Sepanyol menaiki kapal La Garça (atau Garza) setelah mendapatkan yang tersempak dalam perjalanannya selepas mendapatkan bekalan dari Hispaniola; dia menemui suatu pulau baharu yang tidak pernah diterokai sebelum ini. Pulau ini dinamakan Bermuda sempenanya[6] malah diiktiraf dalam buku Legatio Babylonica (1511) karangan Peter Martyr d'Anghiera. Bermúdez kembali ke pulau tersebut untuk melepaskan seberapa ekor babi agar boleh dijadikan bekalan makanan untuk sesiapa yang barangkali tersadai dampar di pulau tersebut.[6]

Senja hidup

[sunting | sunting sumber]

Beliau diketahui meninggal dunia pada tahun 1570.[7]

  1. ^ "Tripulantes de La Pinta" (dalam bahasa Sepanyol). Es.Geocities.com. Dicapai pada 16 de julio de 2008. Cite has empty unknown parameters: |autor=, |formato=, |coautores=, dan |fecha= (bantuan); Check date values in: |access-date= (bantuan)[pautan mati kekal]
  2. ^ Pickering, Keith A. (2006). "Columbus's Crew" (dalam bahasa Inggeris). ColumbusNavigation. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Ogos 2010. Dicapai pada 16 Julai 2008.
  3. ^ Hoose, Phillip M. (Ogos 2001). We Were There, too! - Young People in U.S. History (ed. pertama). Farrar, Straus and Giroux. m/s. 276. ISBN 9780374382520. Cite has empty unknown parameter: |fecha= (bantuan)
  4. ^ "Pasajeros y tripulación del segundo viaje Colombino" (PDF) (dalam bahasa Sepanyol). CervantesVirtual. Dicapai pada 16 Julai 2008. Cite has empty unknown parameters: |fecha=, |editorial=, |coautores=, |autor=, dan |fechaacceso= (bantuan)
  5. ^ "(1499-1504) Las deudas y la segunda prisión de Colón" (dalam bahasa Sepanyol). AmericaVersus.IEspana.es. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Julai 2007. Dicapai pada 16 Julai 2008.
  6. ^ a b Morison, Samuel (1974). The European Discovery of America: The Southern Voyages, 1492–1616. New York: Oxford University Press.
  7. ^ "Facts about Bermudez, Juan de, as discussed in Britannica Compton's Encyclopedia" (dalam bahasa Inggeris). Britannica. Dicapai pada 30 Disember 2009. Cite has empty unknown parameters: |fecha=, |formato=, dan |coautores= (bantuan)