Jumbo Gajah Biru ก้านกล้วย 2 | |
---|---|
Pengarah | Taweelap Srivuthivong |
Diedarkan oleh | Astro Entertainment |
Negara | Thailand |
Jumbo Gajah Biru, atau tajuk asalnya Khan Kluay 2 (Bahasa Thai: ก้านกล้วย 2 ), ialah sebuah filem animasi CGI buatan Thailand yang dikeluarkan ke pawagam oleh Kantana pada 26 Mac 2010 di negara asalnya. Walaupun berupa sambungan, namun inilah filem animasi Thailand pertama yang diperkenalkan di pawagam Malaysia, apatah lagi diselitkan alih suara bahasa Melayu yang dibintangi oleh Akim dan Mila dari Akademi Fantasia.[1]
Setelah berjaya dalam pertempuran gajah terhebat, Jumbo si gagah berani dilantik menjadi gajah diraja bagi Raja Naresuan yang hebat. Jumbo walau bagaimanapun perlu mengambil keputusan yang sukar yang mungkin mengancam nyawa keluarganya. Isterinya yang tercinta Luna; menyimpan rahsianya tersendiri. Luna sedang hamil dan berhasrat untuk pulang ke kampung halamannya iaitu Kampung Hin How untuk melahirkan bayinya.
Malang tanpa diduga, Kampung Hin How diserang oleh gerombolan musuh Hongsawadee dan menawan semua penduduk kampung termasuk ahli keluarga Jumbo. Kini, Jumbo harus membuat pilihan samada menyelamatkan keluarga tersayang atau berjuang demi negara tercinta yang mungkin bermaksud kehilangan keluarga tersayang untuk selamanya.