Jus kranberi ialah jus dihasilkan dari perahan cecair kranberi mengandungi gula, air, dan jus buah-buahan lain; ia antara produk utama dihasilkan dari buah tersebut.[1] Ia mempunyai rasa masam yang datang dari pelbagai jenis polifenol terkandung termasuk flavonoid, proantosianidin, antosianin, asid fenolik dan elagitanin.[2]
"Jus kranberi" atau "campuran jus kranberi" dalam konteks perindustrian merujuk kepada produk yang mengandungi kira-kira 28% jus kranberi, dan selebihnya dari sari jus buah-buahan lain (biasanya anggur, epal atau pir), air, dan gula tambahan untuk menambahkan kelazatan. Produk jus kranberi rendah kalori menggunakan pemanis bukan kalori.