K-911 | |
---|---|
Fail:K-911-(1999)-picture.jpg | |
Pengarah | Charles T. Kanganis |
Penulis | Gary Scott Thompson |
Dihasilkan oleh | David Bixler |
Dibintangi | James Belushi Christine Tucci James Handy Wade Williams |
Sinematografi | George Mooradian (pengarah fotografi) |
Disunting oleh | Carter De Haven |
Muzik oleh | Stephen Edwards |
Diedarkan oleh | Universal Studios Home Video |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 91 minit |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
K-911 ialah sebuah komedi gambar bergerak yang dikeluarkan direct-to-video dalam 1999. Filem ini diarah oleh Charles T. Kanganis dan membintangi James Belushi sebagai Detektif Michael Dooley. Filem ini ialah susulan kepada filem 1989 K-9. K-911 disusuli oleh K-9: P.I. (2002).
Michael Dooley dan anjing gembala Jerman temannya, Jerry Lee, pergi mencari seorang pemunuh yang merancang untuk membunuh Dooley. Dalam filem ini, Jerry Lee menjadi penat, dan mula gagal melakukan cara hidup biasanya. Mereka juga dengan berat hati berpasukan dengan Sarjan Wendy Welles dan anjing pincer Dobermannya, Zeus, yang, menurut Welles, dilatih di Belanda dan mendengar arahan dalam bahasa Belanda (sungguhpun dengan nyata arahan adalah dalam bahasa Jerman). Akhirnya, mereka menemui pencuba itu: seorang lelaki psikotik bernama Devon Lane yang memikirkan isteri Dooley, Tracy, menyayanginya lebih daripada Tracy menyayangi Dooley hanya kerana Tracy mengatakan dia "berbakat". Dia juga mempercayai bahawa Dooley bertanggungjawab atas kematian Tracy. Devon cuba membunuh Dooley dalam persemukaan dan, tepat pada masanya, Jerry Lee melompat, menyerang Devon, dan menumpaskannya. Devon kemudian ditahan dan Dooley dimasukkan ke hospital kerana luka tembakan. Filem ini berakhir dengan Jerry Lee dan Dooley membuat video senaman mereka sendiri.