KKN di Desa Penari ialah sebuah filem hantu Indonesia terkenal pada Era-2022 yang diarahkan oleh Awi Suryadi daripada lakon layar yang diadaptasi daripada kisah tular oleh SimpleMan. Lakon layar untuk adaptasi tersebut ditulis oleh Lele Laila bersama Gerald Mamahit. Filem terbitan MD Pictures ini dibintangi oleh Tissa Biani, Adinda Thomas, Achmad Megantara, Aghniny Haque, Calvin Jeremy, Fajar Nugraha, dan Kiki Narendra. Filem KKN di Desa Penari telah dua kali dijadualkan ditayangkan di pawagam Indonesia iaitu pada 19 Mac 2020 dan 24 Februari 2022, namun keduanya dibatalkan kerana pandemik COVID-19. Filem ini dilancarkan bagi tayangan pada 30 April 2022 di Malaysia.
Filem ini mencerita tentang enam orang mahasiswa yang melaksanakan kursus khidmat masyarakat wajib (Kuliah Kerja Nyata, KKN) di sebuah desa terpencil yang berhantu.
Pada 24 Jun 2019, akaun Twitter anonim bernama @SimpleM81378523 memuat naik kisah seram yang kemudiannya menjadi tular dan menduduki tempat pertama dalam Twitter trending Indonesia.[1] Kejayaan filem ini menjadikan cerita tersebut bertukar menjadi novel yang diterbitkan oleh Bukune.[2] Selain itu, MD Pictures juga berhasil mendapatkan hak cipta untuk mengadaptasi cerita tersebut menjadi sebuah filem.[3] Pengarang SimpleMan mempunyai beberapa keperluan, salah satunya adalah merahsiakan lokasi asal dan identiti sebenar sepanjang semua aktiviti pengeluaran dan pemasaran.[4][5][3]
Sebelum filem benar-benar diterbitkan, ada khabar angin mengatakan filem ini akan dilakonkan oleh Chelsea Islan sebagai Widya dan Laudya Chintya Bella sebagai Nur dan diarahkan oleh Joko Anwar.[6] Sehingga 22 September 2019, akaun Twitter Flick Magazine memuat naik tweet yang mengatakan MD Pictures akan menerbitkan filem ini dan kemudiannya disahkan oleh produser Manoj Punjabi.[7][8] Daripada tujuh pengarah yang menyatakan minat mengarah filem ini,[9] akhirnya Awi Suryadi diumumkan sebagai pengarah pada 8 Disember 2019. Pada masa yang sama, empat pelakon utama iaitu Tissa Biani, Aghniny Haque, Adinda Thomas, dan Achmad Megantara turut diumumkan.[10] Manoj berkata, bajet produksi filem ini dikira besar tetapi tidak mencecah 15 bilion rupiah.[11][12]
Setiap pelakon dalam filem ini melakukan pendalaman watak sebelum ini. Tissa Biani sebagai Nur mengasah bahasa Jawa dan melatih kemahiran tariannya dengan menghadiri pelatihan selama seminggu.[13] Sementara itu, Adinda Thomas sebagai Widya mengikuti latihan khas untuk dapat berinteraksi dengan ular.[14]
Proses Penggambaran utama bermula pada 10 Disember 2019 dan selesai pada 21 Januari 2020 dengan jumlah penggambaran selama 33 hari.[15] Salah satu lokasi yang digunakan untuk penggambaran filem ini ialah sebuah perkampungan yang terletak di wilayah Daerah Istimewa Yogyakarta.[16]
Filem KKN di Desa Penari pada asalnya dijadualkan untuk tayang pada 19 Mac 2020. Bagaimanapun, pandemik COVID-19 di Indonesia yang muncul pada awal Mac 2020 diikuti dengan penutupan pawagam memaksa filem itu menangguhkan tayangannya.[17] Pada awal tahun 2021, terdapat khabar angin bahawa filem itu akan ditayangkan semasa cuti Hari Raya Aidilfitri tahun itu. Bagaimanapun, Manoj selaku penerbit tidak mengesahkan tarikh tersebut.[18] Pada 25 Disember 2021, MD Pictures mengumumkan tarikh tayangan filem itu, iaitu 24 Februari 2022, selepas dua tahun ditangguhkan,[19] tetapi siaran itu ditangguhkan semula kerana peningkatan kes COVID-19 varian omikron di Indonesia.[20] Sebaliknya, MD mengeluarkan filem Garis Waktu pada tarikh tersebut.[21]
Selepas pembatalan tayangan pada Februari 2022, Manoj selaku penerbit mengumumkan filem KKN di Desa Penari ditayangkan pada cuti Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2022. Pada masa sama, beliau mengakui sudah bersedia untuk bersaing dengan beberapa filem besar yang ditayangkan pada bulan yang sama, seperti filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness yang diterbitkan oleh Marvel Studios.[22] Filem KKN di Desa Penari secara rasmi dijadualkan ditayangkan di pawagam Indonesia pada 30 April 2022 dalam dua versi, iaitu versi beberapa babak yang telah dipotong dalam pascaproduksi dengan klasifikasi umur 13 tahun ke atas, serta versi penuh tanpa sebarang potongan dengan klasifikasi umur 17 tahun ke atas.[23]