KRI Hasanuddin (366) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia yang membawa peluru berpandu jenis kapal korvet SIGMA. Ia berkhidmat dengan Armada Barat sebagai kapal peronda.
Kapal KRI Hasanuddin milik Indonesia merupakan kapal jenis korvet Sigma. KRI Hasanuddin memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Hasanuddin merupakan salah satu dari empat kapal yang dibina oleh Limbungan Tentera Laut Schelde, Belanda pada Januari 2004.
Kapal KRI Hasanuddin memiliki seseran kosong 1,600 tan. Rekabentuk kapal membenarkan tatarajahnya ditukar bagi menerima pelbagai sistem persenjataan dan pengesan untuk memenuhi keperluan operasi yang berkembang bagi angkatan tentera Indonesia.
Sebagai bagian dari armada patroli KRI Sultan Hasanuddin dipersenjatai dengan berbagai jenis persenjataan untuk meronda wilayah kedaulatan Republik Indonesia. Termasuk diantaranya adalah :
Kapal kelas sigma ini dilengkapi dua buah enjin diesel V28-33D STC (sequintial turbo charging) yang dihasilkan oleh MAN Diesel (Jerman) bertatarajah V 20 silinder. Enjin berkuasa 8900 kW ini setiap satu menggerakan kipas yang boleh disendengkan bilahnya melalui sebuah gear pengurang putaran satu tingkat. Mesin seberat 46 ton ini berukuran panjang x lebar x tinggi = 7330 x 2100 x 3180 mm.