Kabinet Ismail Haniyeh pertama | |
---|---|
Kabinet Pihak Berkuasa Palestin Ke-10 | |
Tarikh dibentuk | 29 Mac 2006 |
Tarikh dibubarkan | Mac 2007 |
Orang dan pertubuhan | |
Ketua negara | Mahmud Abbas |
Ketua kerajaan | Ismail Haniyeh |
Timbalan ketua kerajaan | Nasiruddin Al-Syair |
Bilangan menteri | 25 |
Jumlah bilangan menteri | 25 |
Parti anggota | Hamas |
Status dalam badan perundangan | Pemerintahan majoriti |
Parti pembangkang | Fatah |
Ketua pembangkang | Mahmud Abbas |
Sejarah | |
Pilihan raya | Perundangan 2006 |
Pendahulu | Kabinet Ahmed Qurei ketiga |
Pengganti | Kabinet Ismail Haniyeh kedua |
Kerajaaan Pihak Berkuasa Palestin Mac 2006, juga dikenali dengan Kabinet Ismail Haniyeh pertama, ialah sebuah pemerintahan bagi Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin, yang diketuai oleh Ismail Haniyeh, yang mengangkat sumpah pada 29 Mac 2006 dan disusuli dengan kerajaan perpaduan Palestin pada 17 Mac 2007. Pada 25 Januari 2006, Hamas telah memenangi pilihan raya bagi Majlis Perundangan Palestin (PLC) dengan 44.4% undian berbanding 41.4% diperoleh Fatah. Ketuanya, Ismail Haniyeh membentuk kerajaan, yang menggabungkan ahli parlimen Hamas dengan empat orang ahli parlimen bebas, selepas Fatah dan kumpulan lain menolak untuk membentuk kerajaan dengan Hamas. Ini ialah pemerintahan pihak berkuasa Palestin pertama yang diterajui Hamas di wilayah Palestin.[1][2][3][4]
Pilihan raya perundangan Palestin yang diadakan pada 25 Januari 2006 telah dimenangi oleh Blok Perubahan dan Pembaharuan yang diterajui Hamas.
Pada 26 Januari 2006, pemimpin Fatah Saeb Erakat berkata partinya tidak mahu menyertai Kerajaan Hamas. Jawatankuasa Pusat Fatah memutuskan bahawa Fatah tidak akan menyertai Kerajaan yang akan dibentuk, tetapi ia bergantung pada keputusan Presiden Mahmud Abbas. Pada 28 Januari 2006, Hamas mengumumkan mereka akan cuba membentuk sebuah kerajaan teknokrat, jika kerajaan bersama Fatah dan kumpulan politik lain tidak berjaya dibentuk. Pada 29 Januari 2006, Ahli parlimen dari Fatah mengesahkan selepas berbincang dengan Mahmud Abbas bahawa blok mereka tidak akan menyertai Hamas dalam sebuah kerajaan campuran dan akan duduk di tempat pembangkang, menolak seruan Hamas untuk membentuk kerjasama politik. Keputusan ini, walau bagaimanapun, tidak dibincangkan dan disahkan oleh Jawatankuasa Pusat Fatah.[5]
Pada 27 Mac 2006, Ismail Haniyeh mengusulkan pembentukan kerajaan baharu, melibatkan anggota Hamas dan empat orang ahli politik bebas, kepada Malis Perundangan Palestin.[6] Pada 28 Mac, kerajaan ini diluluskan oleh PLC dan mengangkat sumpah pada 29 Mac 2006.[7]
Mac 2006 hingga Mac 2007 [8][9]
Nama | Jawatan[Nota 1] | Parti | |
---|---|---|---|
1 | Ismail Haniyeh | Perdana Menteri | Hamas |
Menteri Sukan dan Belia | |||
2 | Nasiruddin Al-Syair | Timbalan Perdana Menteri | Hamas |
Menteri Pendidikan | |||
3 | Mahmud al-Zahar | Menteri Hal Ehwal Luar | Hamas |
4 | Omar Abdul Razak | Menteri Kewangan | Hamas |
5 | Said Seyam | Menteri Dalam Negeri dan Keselamatan Negara | Hamas |
6 | Basem Naim | Menteri Kesihatan | Hamas |
7 | Alauddin Al-Araj | Menteri Ekonomi | Hamas |
8 | Fakhri Turkman | Menteri Hal Ehwal Masyarakat | Bebas |
9 | Wasfi Kabha | Menteri Hal Ehwal Tahanan | Hamas |
10 | Yusuf Rizkah | Menteri Penerangan | Hamas |
11 | Mariam Saleh | Menteri Hal Ehwal Wanita | Hamas |
12 | Ahmed Khalidi | Menteri Keadilan | Bebas |
13 | Jamal al-Khudari | Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat | Bebas |
14 | Abdul Rahman Zaidan | Menteri Kerja Raya | Hamas |
15 | Judah George Murqos | Menteri Pelancongan | Bebas[Nota 2] |
16 | Ataallah Abu Al-Sabah | Menteri Kebudayaan | Hamas |
17 | Ziad Al-Zaza | Menteri Pengangkutan | Hamas |
18 | Nayef Rajub | Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama | Hamas |
19 | Samir Abu Eishah | Menteri Perancangan | Hamas |
20 | Mohammad al-Agha | Menteri Pertanian | Hamas |
21 | Khaled Abu Arfah | Menteri Negara bagi Hal Ehwal Baitulmaqdis | Hamas |
22 | Isa Al-Jaabari | Menteri Kerajaan Tempatan | Hamas |
23 | Atif Adwan | Menteri Hal Ehwal Pelarian | Hamas |
24 | Mohammad Barghusi | Menteri Buruh | Hamas |
25 | Mohammed Awad | Ketua Setiausaha Majlis Menteri (bertaraf Menteri) | Hamas |