Pentarikhan atau penentuan umur bahan-bahan yang dipetik dari rekod arkeologi boleh dilakukan dengan mengkaji artifak itu secara langsung, ataupun disimpulkan dengan perkaitan dengan bahan-bahan yang ditemui dalam konteks petikan bahan tersebut, atau disimpulkan mengikut titik penemuannya dalam urutan berkenaan dengan konteks-konteks yang boleh ditentu umurnya. Pentarikhan biasanya dilakukan selepas artifak digali keluar, tetapi demi mendukung amalan luhur, biasanya terdapat kerja pentarikhan awal yang serentak dengan penggalian iaitu "spot dating". Pentarikhan itu penting sekali dalam bidang kaji purba untuk membentuk gambaran zaman lampau kerana ia bersandarkan keutuhan benda-benda dan contoh-contoh yang boleh ditentu umur. Kerja pentarikhan didalami oleh pelbagai cabang ilmu sainsarkeologi.
Pentarikhan arkeomagnetik – perdiangan api berlapik tanah liat mengikut momen magnetik yang menghala ke Kutub Utara sesekali dinyala lalu dibiarkan menyejuk. Kedudukan Kutub Utara untuk kali terakhir perdiangan digunakan boleh ditentukan dan dibandingkan dengan carta-carta lokasi dan tarikh yang diketahui[1]
Kaedah-kaedah relatif atau tidak langsung sering menggunakan perkaitan yang terbentuk daripada jasad pengetahuan kaji purba. Contohnya, penderetan. Walau bagaimanapun, kaedah relatif bersandarkan ikatan dengan pentarikhan mutlak dengan rujukan ke masa kini. Contohnya, dendrokronologi yang menggunakan proses mengikat kronologi kasar gelang pokok dengan merujuk silang bahan karya sedia ada.
Secara amali, sesetengah kes memerlukan penggunaan berbilang jenis teknik pentarikhan sekali gus, maka pentarikhan bukti untuk kebanyakan urutan arkeologi yang tercatat sewaktu penggalian memerlukan pemadanan maklumat dari kaedah-kaedah mutlak atau berkaitan dengan penelitian perhubungan stratigrafi.
Epigrafi – analisis catatan dengan mengenal pasti abjad tulisan, menjelaskan erti, mengelaskan kegunaannya mengikut tarikh dan konteks budaya, dan membuat kesimpulan tentang tulisan itu dengan penulisnya
Paleografi – kajian penulisan purba, termasuk amalan mentafsir, membaca dan mentarikhkan naskhah-naskhah bersejarah
Numismatik – kebanyakan syiling terukir tarikh pengeluarannya, ataupun penggunaannya ternyata dalam rekod sejarah
^Eighmy, Jeffery, Sternberg, Robert (editors) (1990). ""Archaeomagnetic Dating."". Tucson: The University of Arizona Press.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: extra text: authors list (link)
^Profesor Kimia Shimon Reich, seorang pakar keberaliran lampau telah menunjuk cara suatu kaedah pentarikhan artifak berasaskan ciri-ciri magnetik plumbum. Reich dan rakan-rakan sejawatnya mendapati bahawa pada suhu kriogenik, plumbum menjadi pengalir lampau, tetapi hasil kakisan yang terbentuk dari berabad-abad pendedahan kepada udara dan air (plumbum oksida dan plumbum karbonat) tidak mengalir lampau. Berdasarkan ukuran magnetik dan perbandingan dengan artifak-artifak yang diketahui berumur sehingga 2,500 tahun (berasaskan kaedah lain), mereka bertiga menunjukkan bahawa jasad hasil kakisan plumbum berkadar langsung dengan umur sesebuah benda (Reich, S.; Leitus, G.; Shalev, S. (28 Julai 2003). "Measurement of corrosion content of archaeological lead artifacts by their Meissner response in the superconducting state; a new dating method". New Journal of Physics. 5, 99. Dicapai pada 19 Mac 2014.CS1 maint: date and year (link))
^Kinetics of amino acid racemization (epimerization) in the dentine of fossil and modern bear teeth
Laureano Canoira, Maria-Jess Garca-Martnez, Juan F. Llamas, Jos E. Ortz, Trinidad De Torres
International Journal of Chemical Kinetics 35(11):576-591 (2003)