Kaoru Yachigusa | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 24 Oktober 2019 Tokyo, Jepun | (umur 88)
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1947–2019 |
Kaoru Yachigusa (八千草 薫 , Yachigusa Kaoru, 6 Januari 1931 – 24 Oktober 2019) ialah pelakon wanita Jepun berasal dari Wilayah Osaka. Dari 1947 sehingga 1957, beliau ialah ahli Takarazuka Revue. Sejak meninggalkan Revue, beliau aktif di filem, televisyen, dan alih suara. Beliau berhenti di tengah proses penggambaran siri televisyen Akai Giwaku kerana membantah dipaksa bekerja pada waktu yang ditentukan oleh jadual idola Momoe Yamaguchi.
Suaminya, pengarah Senkichi Taniguchi, meninggal pada 29 Oktober 2007 di Tokyo, Jepun. Pasangan itu telah berkahwin sejak 1957.[1]
Yachigusa meninggal pada 24 Oktober 2019 di Hospital Tokyo kerana kanser pankreas, pada usia 88 tahun.[2][3]