Kapal arsenal

Kapal arsenal merupakan kapal yang dicadangkan oleh tentera laut Amerika Syarikat pada tahun 1996. Semenjak itu ia berhadapan dengan masalah pembiayaan, dengan Kongres membatalkan sesetengah dana, dan DARPA membekalkan dana untuk kontraktor individual bagi prototaip.

Dari segi konsep, kapal arsenal merupakan pelantar peluru berpandu terapung, bertujuan membawa sehingga lima ratus sistem pelancar berdiri. Kapal sedemikian pada awalnya akan dikawal oleh Kruiser Aegis, walaupun rancangan dibuat termasuk kawalan oleh pesawat AWACS seperti E-2 Hawkeye dan E-3 Sentry.

Kapal sedemikian akan berprofil rendah, teknologi stealth, dan berbadan berkembar, untuk memberikan kadar mampu selamat yang tinggi. Strateginya adalah membawa kapal tersebut kepentas secepat mungkin, dengan gabungan dengan pesawat udara (seperti AWACS) atau pesawat laut (seperti kruiser kelas Ticonderoga) panduan dan kawalan jauh. Ini memberikan penonjolan kuasa yang besar, dan akan meletakkan minima personal dalam keadaan berbahaya. Kelebihannya banyak tetapi yang paling penting adalah kemungkinannya penghapusan piawaian Pasukan Tempur Kapal Induk dan kos berkaitan dengannya.

Peluru berpandu Tomahawk mempunyai jarak melebihi seribu kilometer.

Kos kapal sedemikian dianggarkan sekitar US Dollar $500 Juta untuk persenjataan, yang termasuk Tomahawk dan peluru berpandu kruise lain.

Liha juga

[sunting | sunting sumber]