Kapal selam penyerang

HMCS Windsor adalah sebuah kapal selam penyerang.

Kapal selam penyerang atau kapal selam pemburu-pembunuh adalah sebuah kapal selam yang direka khas untuk menyerang dan menenggelamkan kapal selam, kapal permukaan dan kapal dagang lain. Dalam tentera laut Soviet dan Rusia, kapal selam ini dikenali sebagai "kapal selam kegunaan am".[1] Ia juga digunakan untuk melindungi aset tempur permukaan dan kapal selam peluru berpandu sekutu.[2] Beberapa kapal selam penyerang juga dilengkapi dengan peluru berpandu krus yang dipasang di dalam tiub pelancaran menegak. Pemasangan persenjataan ini menambah skop potensi misi termasuk sasaran daratan.

Kapal selam penyerang mungkin berkuasa nuklear atau diesel-elektrik ("konvensional"). Dalam Tentera Laut Amerika Syarikat sistem penamaan, dan sistem setara NATO (STANAG 1166), kapal selam berkuasa nuklear dikenali dengan SSN dan kapal selam berkuasa diesel dikenali dengan SSK. Dalam Tentera Laut A.S, SSN secara tidak rasminya dikenali dengan "serangan pantas".

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Gorshkov (1979), m/s. 55.
  2. ^ "Attack Submarine Info". US Navy. Dicapai pada August 17, 2012.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Rencana ini merangkumi teks domain awam, Dictionary of American Naval Fighting Ships.