Kapur kuras

Kapur kuras
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Malvales
Keluarga: Dipterocarpaceae
Genus: Dryobalanops
Spesies:
D. oblongifolia
Nama binomial
Dryobalanops oblongifolia

Kapur kuras, kapur keladan, atau hanya disebut kuras dan keladan, dan juga penak pasir;[2][3][4] dengan nama saintifik Dryobalanops oblongifolia ialah spesies tumbuhan dalam keluarga Dipterocarpaceae yang tempatan dari kawasan Asia Tenggara dan Asia Tenggara Maritim.[5]

Nama spesiesnya diambil daripada Latin (oblongus = agak panjang dan folium = daun) yang merujuk pada bentuk daunnya. Ia turut dipanggil kapur kelansau dan kelansau di Sarawak.[3]

Penerangan

[sunting | sunting sumber]

Kuras ini pokok besar dengan banir, tumbuh lebih dari 60 m tinggi di habitat semula jadi. Lilitan batangnya boleh mencapai 1.5 lebar; kulitnya perang kekuningan gelap dan mengelupas. Dedaunnya terdiri daripada daun hijau yang bujur langsing, tersusun berselang, berukuran sekitar 6-20 sm panjang dan 4.5-5 sm lebar, dengan runcingan sekitar 1.5 sm panjang dan tangkai sekitar 5 - 14 mm panjang.[2]

Bunganya selalu muncul di ketiak atau bulir hujung perbungaan, lebih daripada 14 sm panjang; rangginya putih dan kasar, mempunyai cepu putih, dengan 40 sulur bunga, tidak sama dan menyentuh bawah puncak benang sari. Buahnya pula kekeras yang bersayap dengan permukaan pepuru. Buah dan pucuknya boleh dimakan dan sesuai dibuat ulaman.[2]

Kisah Badang

[sunting | sunting sumber]

Kuras ini ada disebutkan dalam Sejarah Melayu. Dikisahkan yang raja di Temasik ketika itu mengidam akan ulam buah kuras ini. Baginda telah menitahkan Badang yang gagah perkasa mudik mengambilnya di Sayong. Ketika memetiknya, Badang terjatuh ke atas sebuah batu sehingga terbelah dua tetapi dia tetap berjaya membawa pulang buah itu dengan selamat kepada raja.[6]

Subspesies

[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua subspesies:

  • Dryobalanops oblongifolia subsp. oblongifolia (sin. Baillonodendron malayanum F.Heim)endemik dari pulau Borneo.
Ia ditemukan sekurang-kurangnya di satu kawasan terlindung (Taman Negara Kubah) namun terancam di tempat lain atas kehilangan habitat.[1] Ia adalah pokok timbul, lebih 60 m tinggi, yang dijumpai di hutan dipterokarpa di tanah liat berpasir.[1]
  • Dryobalanops oblongifolia subsp. occidentalis P.S.Ashton (sin. Dryobalanops beccariana Ridl. & Dryobalanops ovalifolia Burkill) — dijumpai di Sumatera dan Semenanjung Malaysia.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c Ashton, P. S. (September 2004). "Dryobalanops oblongifolia Dyer". Dalam Soepadmo, E.; Saw, L. G.; Chung, R. C. K. (penyunting). Tree Flora of Sabah and Sarawak. (free online from the publisher, lesser resolution scan PDF versions). 5. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. m/s. 136–137. ISBN 983-2181-59-3. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 September 2013. Dicapai pada 13 November 2007.
  2. ^ a b c "Dryobalanops oblongifolia". Flora Fauna Web. Lembaga Taman Negara Singapura. 2019. Dicapai pada 2022-04-17.
  3. ^ a b Dryobalanops oblongifolia. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/29700. [Didapat kembali 20 April 2022]
  4. ^ "kuras III". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  5. ^ "Dryobalanops oblongifolia". World Checklist of Selected Plant Families. Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 2022-07-23.
  6. ^ A. Samad Ahmad (2018). Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu (Edisi Pelajar). Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 49-50. ISBN 9789836256010.