Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan[1] (Jawi: كاوسن اوندي ڤرواكيلن بركومڤولن; bahasa Inggeris: Group Representation Constituencycode: en is deprecated , disingkatkan kepada GRC) adalah sejenis pembahagian atau Kawasan pilihan raya di Singapura di mana satu pasukan calon, berbanding calon–calon perseorangan bersaing untuk dipilih sebagai anggota Parlimen (MP) di Parlimen Singapura. Pemerintah menyatakan bahawa skim GRC dilaksanakan terutamanya untuk memastikan golongan minoriti sentiasa ada perwakilan di Parlimen, di mana sekurang-kurangnya seorang MP bagi GRC mestilah berbangsa Melayu, India atau masyarakat minoriti yang lain di Singapura.[1] Di samping itu, ia adalah berhemah untuk majlis–majlis bandaran, yang menguruskan estet–estet perumahan awam, untuk mengendalikan kawasan–kawasan undi yang lebih besar.
Skim GRC diperkenalkan pada 1 Jun 1988. Sebelum tarikh tersebut, kesemua kawasan undi merupakan Kawasan Undi Perseorangan (SMC). Kini, Akta Pilihan Raya Parlimen (Cap. 218, Ed. Semakan 2008) (PEA) menyatakan bahawa mesti ada sekurang-kurangnya lapan SMC dan bilangan MP yang dikembalikan oleh semua GRC tidak boleh kurang daripada seperempat jumlah bilangan MP. Dalam paramater tersebut, jumlah bilangan SMC dan GRC di Singapura serta sempadan-sempadannya adalah tidak tetapu tetapi ditentukan oleh Kabinet, dengan mengambil kira cadangan daripada Jawatankuasa Semakan Pilihan Raya.
Menurut Perlembagaan dan PEA, terdapat di antara tiga hingga enam orang MP dalam sesebuah GRC. Bilangan tepat MP bagi setiap GRC diisytiharkan oleh Presiden seperti yang ditetapkan oleh pihak Kabinet sebelum berlangsungnya pilihan raya umum. Bagi maksud pilihan raya umum 2015, terdapat 13 SMc dan 16, di mana setiap GRC mempunyai empat hingga enam orang MP.
Tan, Eugene K[heng] B[oon] (November 2005), "Multiracialism Engineered: The Limits of Electoral and Spatial Integration in Singapore", Ethnopolitics, 4 (4): 413–428, doi:10.1080/17449050500348659, juga diterbitkan di Bieber, Florian; Wolff, Stefan, penyunting (2007), The Ethnopolitics of Elections, London; New York, N.Y.: Routledge, m/s. 53–68, ISBN978-0-415-40047-3.
Tan, Kevin Yew Lee (1992), "Constitutional Implications of the 1991 Singapore General Election", Singapore Law Review, 13: 26–59.
Tan, Kevin Y[ew] L[ee] (1997), "Is Singapore's Electoral System in Need of Reform?", Commentary, 14: 109–117.
Tey, Tsun Hang (December 2008), "Singapore's Electoral System: Government by the People?", Legal Studies, 28 (4): 610–628, doi:10.1111/j.1748-121X.2008.00106.x.
Thio, Li-ann (2002), "The Right to Political Participation in Singapore: Tailor-making a Westminster-modelled Constitution to Fit the Imperatives of 'Asian' Democracy", Singapore Journal of International and Comparative Law, 6: 181–243.
Chan, Helena H[ui-]M[eng] (1995), "Parliament and Law Making", The Legal System of Singapore, Singapura: Butterworths Asia, m/s. 41–68, ISBN978-0-409-99789-7.
Chua, Beng Huat (1995), Communitarian Ideology and Democracy in Singapore, London: Routledge, ISBN978-0-415-16465-8.
Hussin Mutalib (2003), Parties and Politics: A Study of Opposition Parties and the PAP in Singapore, Singapura: Eastern Universities Press, ISBN978-981-210-211-9, (pbk.).
Report of the Select Committee on the Parliamentary Elections (Amendment) Bill (Bill No. 23/87) and the Constitution of the Republic of Singapore (Amendment No. 2) Bill (Bill No. 24/87) [Parl. 3 of 1988], Singapura: Dicetak untuk Pemerintah Singapura oleh Singapore National Printers, 1988, OCLC30875454.
Tan, Kevin Y[ew] L[ee] (2011), "Making Law: Parliament", An Introduction to Singapore's Constitution (ed. rev.), Singapura: Talisman Publishing, m/s. 33–60 at 53–55, ISBN978-981-08-6456-9.
Tan, Kevin Y[ew] L[ee]; Thio, Li-ann (2010), "The Legislature", Constitutional Law in Malaysia and Singapore (ed. 3rd), Singapura: LexisNexis, m/s. 299–360 at 310, ISBN978-981-236-795-2.
Thio, Li-ann (2012), "The Legislature and the Electoral System", A Treatise on Singapore Constitutional Law, Singapura: Academy Publishing, m/s. 285–359 at 332–355, ISBN978-981-07-1515-1.